CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 650|Reply: 0

Pemimpin PDRM diingat pegang amanah, kekal berintegriti - KPN

[Copy link]
Post time 6-1-2026 11:31 PM | Show all posts |Read mode
Pemimpin PDRM diingat pegang amanah, kekal berintegriti - KPN

Muhaamad Hafis Nawawi[email protected]





Datuk Seri Mohd Khalid Ismail pada Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas (STT) bagi dua portfolio pengarah jabatan PDRM yang berlangsung di Dewan Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, di sini. FOTO Ihsan PDRM




Kuala Lumpur: Pemimpin dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip amanah kepimpinan, memimpin melalui teladan, mengutamakan kebajikan anggota dan masyarakat serta mengekalkan integriti dan profesionalisme dalam setiap pelaksanaan tugas.

Pesanan itu disampaikan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail hari ini ketika berucap pada Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas (STT) bagi dua portfolio pengarah jabatan PDRM yang berlangsung di Dewan Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, di sini.

Dalam ucapannya Mohd Khalid berkata, pelantikan dan perubahan pucuk kepimpinan adalah sebahagian daripada perancangan strategik PDRM bagi memperkasa serta menyegarkan organisasi Pasukan Sang Saka Biru.

Menurutnya, langkah itu bertujuan meningkatkan keberkesanan operasi, memperkukuh tadbir urus serta memastikan PDRM kekal relevan dan berdaya saing dalam mendepani cabaran keselamatan yang sentiasa berubah.

Tidak ketinggalan juga, beliau memberi penekanan supaya fokus terhadap kepercayaan awam, pengadaptasian teknologi dan inovasi, jalinan kerjasama strategik, pembangunan kapasiti anggota serta tahap kesiapsiagaan berterusan bagi menghadapi cabaran keselamatan masa hadapan.

Penyerahan tugas dua jawatan pengarah iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) berlangsung di antara Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dengan Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman.



Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menyaksikan penyerahan berlangsung antara Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dengan Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali. FOTO Ihsan PDRM


Manakala jawatan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti diserahkan Datuk Wan Hassan Wan Ahmad kepada Mohd Yusri selaras dengan arahan pertukaran Pegawai Kanan Polis yang diumumkan.



Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menyaksikan penyerahan antara Datuk Wan Hassan Wan Ahmad kepada Datuk Seri Mohd Yusri Hassan. FOTO Ihsan PDRM

Tertib acara dimulakan dengan pemakaian lencana pangkat Komisioner Polis (CP) kepada Muhammed Hasbullah yang disempurnakan oleh Mohd Khalid di hadapan tetamu jemputan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan upacara menandatangani dokumen rasmi dan penyerahan tongkat kuasa yang disaksikan oleh Ketua Polis Negara sebagai simbolik penyerahan tanggungjawab dan amanah kepada mereka yang dilantik ke jawatan baharu.

Dalam majlis yang sama turut berlangsung STT jawatan Ketua Pasukan AMLA Bukit Aman daripada Muhammed Hasbullah kepada penyandang baharu iaitu Datuk Fazlisyam Abd Majid.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, barisan pengarah PDRM serta pegawai kanan Bukit Aman.



Disiarkan pada: Januari 6, 2026 @ 9:48pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1307904/pemimpin-pdrm-diingat-pegang-amanah-kekal-berintegriti-kpn




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.239105 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list