CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 670|Reply: 0

Mohd Yusri dilantik Pengarah JPJKK Bukit Aman yang baharu

[Copy link]
Post time 6-1-2026 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Mohd Yusri dilantik Pengarah JPJKK Bukit Aman yang baharu

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil[email protected]





Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang baharu. FOTO ASWADI ALIAS




Kuala Lumpur: Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang baharu.

Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner Polis Abdul Rahman Kassim berkata, Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali akan menggantikan Mohd Yusri sebagai Pengarah JSPT.

Menurutnya, Pengarah JPJKK Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad dilantik sebagai Komisioner Polis Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan), Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara, Bukit Aman.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Sarawak, Asisten Komisioner Polis Zulkipli Suhaili dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Sementara itu, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Sarawak, Asisten Komisioner Polis Roselina Daud akan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner dan dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak.

Pada masa sama, Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor, Asisten Komisioner Polis Pozlan Ibrahim dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Agama dan Kaunseling, Bahagian Agama dan Kaunseling, JIPS Bukit Aman, dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.



Disiarkan pada: Januari 6, 2026 @ 10:35am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1307648/mohd-yusri-dilantik-pengarah-jpjkk-bukit-aman-yang-baharu




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.045730 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list