CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 766|Reply: 1

Siapa Azhan Md Othman, Panglima Tentera Darat ke-31

[Copy link]
Post time 31-12-2025 07:24 PM | Show all posts |Read mode
Siapa Azhan Md Othman, Panglima Tentera Darat ke-31

Oleh Hannah Norbaqqa Syarul - Disember 31, 2025 @ 4:26pm




Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman. - NSTP/ Gambar fail



KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini mengumumkan pelantikan Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman sebagai Panglima Tentera Darat ke-31.

Pelantikan beliau berkuatkuasa 1 Januari 2026 menggantikan Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang diarahkan bercuti sebelum ini.

Berikut maklumat mengenai beliau:
BIODATA:
Nama Penuh: Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman

Lahir:4 September 1969 di Muar, Johor

Keluarga: Mendirikan rumah tangga bersama Datin Noor Ainy Mohd Ali dan dikurniakan dua cahaya mata.



KERJAYA
- Memulakan kerjaya ketenteraan dengan menyertai Latihan Pegawai Kadet di Sungai Besi pada 25 Ogos 1987

- Ditauliahkan ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 29 Julai 1989.



PENDIDIKAN
- Diploma Pengajian Strategik dan Pertahanan - Universiti Malaya (2002).

- French Joint Defence College – War College (École de Guerre) di Akademi Tentera Perancis (Januari 2012 - Jun 2013).

- Tamat Kursus Ketahanan Nasional di Maktab Ketahanan Nasional (2021)



KETENTERAAN
- Mula perkhidmatan sebagai Ketua Platun di Batalion Ke-11 RAMD

- Dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel pada 1 Mei 2007, seterusnya dilantik Pegawai Memerintah Batalion Ke-24 RAMD

- Berkhidmat sebagai Juruarah di Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) pada Pada 14 Januari 2010, sebelum mengikuti pengajian di Perancis.

- Komander Batalion Siap Sedia Tentera Darat (1 Ogos 2017 - 5 September 2018)

- Komander MALBATT 850-6 bagi UNIFIL di Lubnan (6 September 2018 - 9 November 2019) dan dianugerahkan Pingat PBB



JAWATAN KANAN DAN PELANTIKAN
- Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia di Pulau Pinang.

- 6 September 2024: Dilantik Asisten Ketua Staf di Cawangan Operasi dan Latihan, Markas Tentera Darat MINDEF

- Dilantik Ketua Staf Markas ATM pada 4 Februari 2025.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/12/1491278/siapa-azhan-md-othman-panglima-tentera-darat-ke-31





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiga bintang


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.075544 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list