CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Ketua Staf Markas ATM dilantik Panglima Tentera Darat ke-31

[Copy link]
Post time 31-12-2025 06:36 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Staf Markas ATM dilantik Panglima Tentera Darat ke-31

Oleh Nor Azizah Mokhtar - Disember 31, 2025 @ 3:18pm





Jeneral Datuk Azhan Md Othman



KUALA LUMPUR: Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman, dilantik Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pelantikan dibuat selaras keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 pada 19 November lalu dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Disember.

"Pelantikan ini diyakini mampu memperkukuh kepimpinan Tentera Darat Malaysia (TDM) serta meningkatkan keupayaan operasi ATM dalam memenuhi tuntutan pertahanan negara pada masa kini dan hadapan," katanya melalui kenyataan, hari ini.

Azhan, 57, anak kelahiran Muar, Johor dan mula menceburi bidang ketenteraan dengan mengikuti Latihan Pegawai Kadet di Sungai Besi pada 25 Ogos 1987, dilantik menggantikan Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang diarahkan bercuti sebelum ini.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut memaklumkan pelaksanaan keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 mengenai pelantikan Muhammad Hafizuddeain sebagai Panglima Angkatan Tentera ditangguhkan.

"Beliau (Muhammad Hafizuddeain) diarahkan bercuti bagi membolehkan proses siasatan pihak berkuasa dijalankan terhadap dakwaan yang dilaporkan melibatkan beliau," katanya melalui kenyataan.

Sementara itu, katanya tugas Panglima Angkatan Tentera yang kini kosong susulan persaraan Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaafar, akan dipangku Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain, seperti diumumkan pada 27 Disember lalu.

Katanya, Kementerian Pertahanan (MINDEF) tegas dalam memelihara integriti ATM dan memastikan tugas mempertahankan kedaulatan negara dilaksanakan dengan berkesan.

Terdahulu media melaporkan, Muhammad Hafizuddeain akan bercuti berkuat kuasa serta-merta.

Mohamed Khaled dilapor berkata, langkah itu diambil bagi memberikan ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan tertentu yang dilaporkan membabitkan Panglima Tentera Darat

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/12/1491247/ketua-staf-markas-atm-dilantik-panglima-tentera-darat-ke-31





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.039226 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list