CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 152|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Pemain RM633 juta akhirnya ledak gol sulung

[Copy link]
Post time 28-12-2025 01:50 AM | Show all posts |Read mode
Pemain RM633 juta akhirnya ledak gol sulung

Disember 28, 2025 @ 1:17am




Florian Wirtz meraikan jaringannya ketika menentang Wolves di Anfield. - AFP



LIVERPOOL: Pemain bernilai RM633 juta, Florian Wirtz akhirnya menjaringkan gol pertamanya bersama Liverpool ketika The Reds menewaskan Wolves 2-1 dalam suasana penuh emosi di Anfield, dengan kedua-dua penyokong mengenang mendiang Diogo Jota.

Pasukan kendalian Arne Slot meledak dua gol dalam tempoh dua minit pada separuh masa pertama menerusi Ryan Gravenberch dan Wirtz.

Walaupun Wolves merapatkan jurang hasil jaringan Santiago Bueno, Liverpool tetap mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris.



Penjaga gol Liverpool Alisson Becker gagal menghalang percubaan pemain Wolves Santiago Bueno.


Wolves pula masih belum meraih sebarang kemenangan liga musim ini.

Anak-anak Jota, Dinis dan Duarte, dipilih sebagai maskot perlawanan dan turun ke padang bersama kapten Liverpool, Virgil van Dijk.

Jota, yang pernah mewakili Liverpool dan Wolves sepanjang kariernya di England, sekali lagi dikenang pada minit ke-20 apabila kedua-dua kumpulan penyokong menyanyikan lagu khas buatnya.

Wolves bimbingan Rob Edwards bertahan dengan baik sepanjang sebahagian besar separuh masa pertama sebelum Gravenberch memecah kebuntuan pada minit ke-41 menerusi penyudah hasil hantaran Jeremie Frimpong.

Seminit kemudian, Wirtz menyambar hantaran Hugo Ekitike sebelum tenang menyudahkan peluang melepasi Jose Sa untuk menggandakan kelebihan Liverpool.



Anak Diogo Jota, Dinis dan Duarte dipilih sebagai maskot perlawanan dan turun ke padang bersama kapten Liverpool, Virgil van Dijk.



Pelawat memperoleh sedikit harapan enam minit selepas babak kedua bermula apabila Bueno menjaringkan gol susulan selepas Alisson menepis tandukan Tolu Arokodare hasil sepakan sudut Wolves.

Edwards membuat tiga pertukaran sejurus selepas satu jam permainan ketika pasukannya memburu gol penyamaan, dan mereka hampir berjaya apabila tandukan Arokodare sedikit tersasar.

Namun, Liverpool kekal ampuh untuk mencatat tujuh perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/12/1489989/pemain-rm633-juta-akhirnya-ledak-gol-sulung






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.536542 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list