CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76|Reply: 6

[Kedah] Penduduk gembira reformasi permit ekspres E-10 beri limpahan ekonomi setempat

[Copy link]
Post time 25-12-2025 08:35 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk gembira reformasi permit ekspres E-10 beri limpahan ekonomi setempat

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
25 Disember 2025 05:24pm




Keupayaan mempercepatkan kelulusan pembinaan melalui permit ekspres E-10 ternyata mampu meningkatkan produktiviti dan menjana ekonomi sekali gus limpahannya turut dinikmati komuniti setempat. Gambar kecil: Syawal (kiri), Zaliza





KULIM - Keupayaan mempercepatkan kelulusan pembinaan melalui permit ekspres E-10 ternyata mampu meningkatkan produktiviti dan menjana ekonomi sekali gus limpahannya turut dinikmati komuniti setempat.

Penduduk, Syawal Tajri, 39, berkata, kepesatan pembangunan dengan pelaksanaan lebih banyak projek pembinaan, memberi peluang kepada penduduk tempatan meningkatkan ekonomi masing-masing.


Menurutnya, kilang yang dibangunkan menerusi kaedah tersebut berjaya dilaksanakan lebih cepat, menawarkan peluang pekerjaan kepada anak tempatan dan meningkatkan taraf hidup keluarga.

"Saya sendiri berniaga popia dan rata-rata pelanggan terdiri daripada pekerja kilang,

Alhamdulillah, punca rezeki buat kami juga sebenarnya, bila banyak kilang dibina di sini," katanya.


Sementara itu, Zaliza Hamid, 43, berkata, dengan adanya lebih banyak pembangunan sedikit sebanyak membuka peluang kepada peniaga kecil sepertinya meningkatkan pendapatan.

"Bila banyak pembangunan, buka peluang pekerjaan, sebelum berniaga, saya pernah kerja kilang di Pulau Pinang...terpaksa keluar 4.30 pagi...ambil masa empat jam pergi dan balik, tetapi sekarang, sudah ada di Kulim, kawan-kawan ramai yang bertukar kerja di Kulim sebab dekat rumah... peluang perniagaan pun luas," katanya.


Permit Ekspres E-10 ialah nisiatif permit pembinaan laju yang diperkenalkan di Kedah terutama oleh MPKK untuk mempercepatkan kelulusan permit bagi pelabur industri.

Ia bertujuan memendekkan tempoh kelulusan dari tahunan kepada sekitar 10 bulan bagi membolehkan pelabur mula membina kilang dan mengeluarkan produk untuk dieksport dengan lebih cepat, melibatkan kerjasama rapat antara pelabur dan PBT serta bantuan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).


Sementara itu, pelabur dari China, Dr Fiona Hu mewakili EVE Energy berkata, E-10 memberi keyakinan terhadap syarikat pengeluar bateri litium itu melebarkan sayap ke Malaysia setelah kira-kira 20 tahun berada dalam pasaran.

"E-10 membuktikan kecekapan, ketelusan dan tahap kesiapsiagaan Kedah memperkukuh daya saing Malaysia di peringkat global," katanya.

Dalam perkembangan sama, Pemaju dan Pengarah Projek Oriental Max Sdn Bhd, Ch'ng Dickeon berkata, tempoh kelulusan yang dipendekkan kepada 10 bulan berbanding 24 bulan sebelum ini, menarik minat pelabur luar memilih Kulim sebagai destinasi strategik.

"Dengan keyakinan dan kecekapan melalui E-10 telah meningkatkan keyakinan syarikat luar menarik lebih ramai rakan pelabur asing untuk meluaskan empayar ke negara ini," katanya.


Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK), Datuk Elmi Yusoff menjelaskan, E-10 membuktikan reformasi penjawat awam bukan sahaja beri kelebihan kepada komuniti namun berupaya meningkatkan produktiviti perkhidmatan dan menarik lebih banyak pelaburan.

"E-10 berperanan memendekkan tempoh kelulusan pembinaan daripada 24 bulan kepada 10 bulan, kini ia ditambah baik kepada E-10 Plus yang mengintegrasikan teknologi digital termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI).

“Sebelum ini, pelan fizikal perlu disemak satu persatu dan mengambil masa antara dua hingga tujuh hari kini boleh dilakukan dalam masa singkat sahaja,” jelasnya.

Tambah Elmi, pelaksanaan One Stop Centre (OSC 3.0) turut menjadi pemangkin kepada kecekapan sistem apabila permohonan dan ulasan agensi teknikal diproses dalam talian secara serentak.


Menurutnya, bukan sahaja menjimatkan masa, mengurangkan kos dan menyumbang kepada tadbir urus telus namun lebih berintegriti, selaras pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB).

Jelasnya, MPKK melangkah setapak lagi ke hadapan dengan kewujudan Kulim Intelligent Command Center (KICC) yang membolehkan pemantauan kemajuan projek dilakukan menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) dan dron, sekali gus meningkatkan kecekapan penguatkuasaan.

"Bagi mengelakkan kelewatan akibat kesilapan teknikal, MPKK turut menubuhkan unit MyMudah yang berperanan membantu melengkapkan syarat melalui rundingan awal," jelas beliau.

Menurut Elmi, kejayaan RKB itu turut mendapat penganugerahan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mengiktiraf Kulim sebagai Bandar Mampan Negeri Kedah dan Smart City Early Adopter 2025.

https://www.sinarharian.com.my/article/761779/berita/nasional/penduduk-gembira-reformasi-permit-ekspres-e-10-beri-limpahan-ekonomi-setempat


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-12-2025 08:36 PM | Show all posts

Permit Ekspres E-10 ialah nisiatif permit pembinaan laju yang diperkenalkan di Kedah terutama oleh MPKK untuk mempercepatkan kelulusan permit bagi pelabur industri.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2025 08:37 PM | Show all posts

Fiona Hu ketika ditemui Sinar Harian di EVE Kulim baru-baru ini.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2025 08:38 PM | Show all posts

Elmi


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2025 08:38 PM | Show all posts

Ch'ng Dickeon


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2025 08:39 PM | Show all posts

Elmi (tengah) mamantau perkembangan projek pembinaan melalui KICC.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-12-2025 08:39 PM | Show all posts

Elmi (kiri) menjelaskan, RKB melalui E-10 membantu memendekkan masa kelulusan pembinaan di Kulim.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 14874 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 39953 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59
Puteri Balqis tertekan hingga rambut beruban
tatodPuteri Balqis tertekan hingga rambut ber
Views : 5813 Replies : 43

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.305597 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list