CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 156|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] MESF mahu skuad MLBB kekal fokus menjelang Sukan Asia tahun hadapan

[Copy link]
Post time 19-12-2025 01:34 AM | Show all posts |Read mode
MESF mahu skuad MLBB kekal fokus menjelang Sukan Asia tahun hadapan

BERNAMA




PASUKAN MLBB wanita negara menunjukkan pingat emas dimenangi mereka pada Sukan Sea Thailand baru-baru ini. FOTO Bernama



Sepang: Presiden Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) Muhammad Naim Al Amin menggesa pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) negara mengekalkan momentum dan fokus untuk menghadapi Sukan Asia di Jepun pada tahun hadapan.

Beliau berkata. penekanan perlu diberikan terhadap keperluan meningkatkan tahap kematangan serta keserasian permainan bagi memastikan prestasi pasukan terus konsisten.

"Momentum ini perlu dikekalkan dan fokus pasukan tidak boleh teralih. Dalam masa sama, aspek keserasian dan kematangan masih perlu diperbaiki bagi menghadapi cabaran lebih besar pada Sukan Asia akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tiba bersama-sama pasukan MLBB yang beraksi di Sukan Sea Thailand di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, di sini hari ini.

Dalam pada itu, kapten pasukan wanita MLBB negara, Sharifah Alia Husna Syed Fakrurrozi berkata, kejayaan yang diraih menyuntik semangat kepada pasukan, namun mengakui keserasian permainan masih boleh dipertingkatkan jika diberikan tempoh persiapan lebih panjang.

"Mungkin keserasian kami belum cukup solid, tetapi jika diberi masa yang lebih lama, kami boleh bermain dengan lebih baik," katanya.

Sharifah Alia turut menyeru wanita yang meminati permainan ini supaya tidak berputus asa dan berani menonjolkan bakat masing-masing dengan menyertai kejohanan yang dianjurkan.

"Jangan putus asa. Malaysia memerlukan lebih ramai pemain wanita.

Kalau rasa ada bakat, sertailah kejohanan-kejohanan yang akan datang," katanya.

Sementara itu, kapten pasukan MLBB lelaki negara, Idreen Abdul Jamal berkata meskipun berpuas hati dengan usaha pasukan, beberapa aspek permainan perlu diperhalusi, khususnya dari segi kepantasan membuat keputusan dan disiplin ketika perlawanan.

Idreen berkata, kekalahan yang dialami bukan berpunca daripada masalah keserasian, sebaliknya membabitkan keputusan yang agak lewat serta kurang disiplin pada situasi tertentu.

"Keserasian antara kami sebenarnya tiada masalah kerana dalam permainan kami memang 'bonding' kuat.

Tetapi ada ketika keputusan dibuat agak lambat dan kurang disiplin, terutama apabila sudah menguasai permainan. Itu yang perlu kami baiki," katanya.

Dia berkata, pengalaman berdepan pasukan lawan yang kuat memberikan pengajaran penting, khususnya dari segi 'rotasi' dan keupayaan membuat keputusan pantas apabila berdepan tekanan.

Skuad MLBB negara menutup temasya Sukan Sea 2025 dengan membawa pulang sebutir pingat masing emas dan perak dalam acara e-sukan.

Pingat emas disumbangkan oleh skuad wanita yang menewaskan Filipina 4-3 dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit dan mendebarkan.

Kejayaan itu sekali gus menebus kekecewaan skuad lelaki negara yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas impian untuk menamatkan penantian emas sekali lagi tidak kesampaian apabila tewas 0-4 kepada Filipina pada aksi final.



Disiarkan pada: Disember 19, 2025 @ 1:26am

https://www.hmetro.com.my/arena/esukan/2025/12/1301663/mesf-mahu-skuad-mlbb-kekal-fokus-menjelang-sukan-asia-tahun-hadapan




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.561893 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list