CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 195|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] JDT cipta sejarah, pasukan pertama juara Piala FA empat kali berturut-turut

[Copy link]
Post time 14-12-2025 11:46 PM | Show all posts |Read mode
JDT cipta sejarah, pasukan pertama juara Piala FA empat kali berturut-turut



Oleh Zulfaizan Mansor dan Syafiq Aznan - Disember 14, 2025 @ 11:06pm





Pemain JDT meraikan jaringan pada pertemuan menentang Sabah dalam final Piala FA. NSTP/ HARI ANGGARA.



KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah baharu apabila menjadi pasukan pertama merangkul trofi Piala FA buat kali keempat berturut-turut selepas menumbangkan Sabah FC 5-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kejayaan ini sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan berkongsi gelaran pemenang terbanyak Piala FA dengan lima gelaran bersama Selangor FC (SFC) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Ini turut menjadi trofi kedua buat JDT pada musim ini selepas mereka sudahpun merangkul Piala Sultan Haji Ahmad Shah hasil kemenangan 3-0 ke atas SFC, Ogos lalu.

Pada aksi terbabit, JDT sudahpun di depan 1-0 ketika perlawanan baru bermula tujuh minit apabila penjaga gol Sabah FC, Damien Lim tertewas dengan tandukan Jonathan Silva berpunca daripada sepakan percuma Oscar Arribas.

JDT menggandakan kelebihan mereka dengan dua gol pantas dalam tempoh tiga minit selepas Rawilson Batuil tertampan hantaran Nacho Mendez ke dalam gawang sendiri pada minit ke-19 disusuli jaringan Jairo da Silva menerusi tandukan terbang pada minit ke-22 untuk kedudukan 3-0.

Sabah FC menyangka mereka berjaya mengurangkan defisit dengan gol Adjin Mugajic pada minit ke-25 namun sayangnya ia dibatalkan selepas pengadil, Mohamad Kamil Zakaria Ismail menilai semula gol itu dengan monitor Video Bantuan Pengadil (VAR).

Dua percubaan penyerang Sabah FC, Fergus Tierney pada minit ke-40 dan minit ke-43 bagaimanapun tidak cukup untuk menggugat gawang kawalan Ahmad Syihan Hazmi dan kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat babak pertama.

Hasrat Sabah FC untuk bangkit pada babak kedua tambah berliku apabila mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain bermula minit ke-49 selepas Miguel Cifuentes dilayangkan kad kuning kedua.

Kelebihan tiga gol menyaksikan JDT mula memperlahankan tempo permainan dan lebih banyak menyerap asakan Sabah FC yang datang untuk mencari gol pertama mereka.

JDT terus 'berpesta' dengan jaringan keempat, kali ini menerusi penyudah kemas Arribas menewaskan Damien Lim buat kali keempat pada minit ke-63.

Juara bertahan itu melebarkan jurang dengan gol kelima oleh Manuel Hidalgo yang menewaskan penjaga gol gantian, Khairul Fahmi Che Mat untuk melengkapkan kemenangan bergaya JDT.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/12/1485130/jdt-cipta-sejarah-pasukan-pertama-juara-piala-fa-empat-kali-berturut





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45808 Replies : 54
Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPRM, seleweng RM4.2 juta
ultra78Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPR
Views : 19691 Replies : 18
tavel
fe.r.re.rto.ny4tavel
Views : 303 Replies : 0
travel
fe.r.re.rto.ny4travel
Views : 304 Replies : 0
travel
rhion.aa.bu.e.ntravel
Views : 707 Replies : 0
travel
rhion.aa.bu.e.ntravel
Views : 707 Replies : 0
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 20250 Replies : 40
Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa rugi RM39,000 jalani prosedur dipromosi pempengaruh media sosial
ultra78Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa ru
Views : 9910 Replies : 3
travel
pa.u.l.alju.r.htravel
Views : 1818 Replies : 0
travel
pa.u.l.alju.r.htravel
Views : 1717 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.339097 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list