CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Sukan SEA: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah hanya selangkah tuai emas

[Copy link]
Post time 13-12-2025 07:30 PM | Show all posts |Read mode
Sukan SEA: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah hanya selangkah tuai emas

13 Disember 2025 05:37pm





Aaron Chia (kanan) dan Wooi Yik beraksi pada perlawan separuh akhir badminton Sukan SEA 2025 di Gimnasium 4, Universiti Thammasat Kampus Rangsit. Foto Bernama




IMPIAN menyaksikan perlawanan akhir beregu lelaki sesama Malaysia tidak kesampaian apabila hanya juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke final manakala Man Wei Chong-Tee Kai Wun tersingkir pada peringkat separuh akhir Sukan SEA 2025 di Pathum Thani hari ini.

Pada aksi di Gimnasium 4, Kampus Rangsit Universiti Thammasat, Aaron-Wooi Yik menepati ramalan apabila mudah menewaskan pilihan keempat Indonesia Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana 21-10, 21-12 dalam masa 33 minit.


Wooi Yik berkata, mereka kini fokus untuk memburu pingat emas kedua Sukan SEA apabila berdepan gandingan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, yang menyingkirkan Wei Chong-Kai Wun 21-16, 21-17 dalam satu lagi separuh akhir.

"Emas sentiasa menjadi matlamat kami. Kami tidak menganggapnya sebagai tekanan yang terlalu besar untuk kami, kami hanya mahu berjuang untuk mendapatkan pingat emas ini. Kami akan melakukan yang terbaik, kami berjanji,” katanya selepas perlawanan hari ini.


Pasangan itu memenangi pingat emas Sukan SEA pertama mereka pada edisi 2019 selepas menewaskan gandingan Thailand Bodin Isara-Maneepong Jongjit 18-21, 21-15, 21-16.

Sementara itu, Wei Chong yang kecewa mengakui mereka bermain terlalu berhati-hati pada separuh akhir manakala Kai Wun berkata, perasaan gugup menguasai mereka sehingga melakukan kesilapan yang merugikan.


Dalam acara beregu wanita pilihan utama, Pearly Tan-M. Thinaah dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan pilihan keempat Rachel Allessya Rose-Febi Setianingrum 21-14, 19-21, 21-16 dalam perlawanan sengit selama satu jam 18 minit.


Thinaah berkata, mereka lega dapat melepasi halangan itu dan memuji pasangan Indonesia berkenaan kerana memberi tentangan hebat sehingga ke set penentuan.

Pemain berusia 27 tahun itu berkata, satu-satunya impian menjelang final adalah mahu meninggalkan gelanggang tanpa sebarang penyesalan pada penampilan pertama mereka pada temasya dwitahunan itu.

Pearly pula berkata, mereka akan memberikan tumpuan kepada pemulihan ketika berusaha menamatkan kemarau 10 tahun pingat emas Malaysia dalam acara beregu wanita, yang kali terakhir dimenangi oleh Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho pada edisi 2015 di Singapura.


Naib juara Kejohanan Dunia 2025 itu akan berdepan gandingan Indonesia Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari pada final esok, yang sebelum itu mudah menewaskan pasangan Vietnam Bui Bich Phuong-Vu Thi Trang 21-10, 21-9.


Sukan SEA 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Disember di dua wilayah, iaitu Bangkok dan Chonburi. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/760411/berita/sukan/sukan-sea-aaron-wooi-yik-pearly-thinaah-hanya-selangkah-tuai-emas


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 0 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45dbhatt ji
Views : 101 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45dbhatt ji
Views : 303 Replies : 0
bhatt ji
AKUI89bhatt ji
Views : 303 Replies : 0
travel information
kukuku45travel information
Views : 708 Replies : 0
travel
AKUI89travel
Views : 909 Replies : 0
bhatt ji bol lala
kukuku45bhatt ji bol lala
Views : 910 Replies : 0
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202356 Replies : 4036
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 5281 Replies : 1
Edisi Bau Nasi Minyak:Lelaki berjambang kekasih baharu Noor Nabila, Mr AA 10 tahun lebih muda… “Keluarga dah restu, Alhamdulillah”
Skyline_84Edisi Bau Nasi Minyak:Lelaki berjambang
Views : 17495 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 03:17 AM GMT+8 , Processed in 2.199439 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list