CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 139|Reply: 0

Syarikat penerbangan terbesar India IndiGo kata ‘operasi kembali normal’

[Copy link]
Post time 11-12-2025 09:37 AM | Show all posts |Read mode


Pesawat IndiGo Airlines melintas di atas bangunan yang sedang dalam pembinaan sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda di Bengaluru semalam. — Gambar AFP

NEW DELHI: Syarikat penerbangan terbesar India, IndiGo, semalam berkata operasinya telah kembali stabil selepas ribuan penerbangan dibatalkan pada minggu lalu, yang mencetuskan keadaan kelam-kabut di lapangan terbang berpunca daripada dasar baharu rehat juruterbang yang kini digantung.

Dalam kenyataan, IndiGo menyebut “prestasi ketepatan masa kami... kembali ke tahap normal,” sambil menambah bahawa syarikat itu mengendalikan lebih 1,800 penerbangan kelmarin dan merancang “hampir 1,900 penerbangan” semalam.

Namun, pengawal selia penerbangan India, Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA), mengarahkan syarikat itu mengurangkan lima peratus daripada jadual penerbangan yang dirancang kerana “belum menunjukkan keupayaan untuk mengendalikan jadual tersebut dengan cekap.”

Lapangan terbang di seluruh India menjadi huru-hara minggu lalu apabila syarikat penerbangan swasta itu mengakui berlaku “kesilapan penilaian dan jurang perancangan” dalam menyesuaikan diri dengan peraturan baharu — meskipun ia mempunyai tempoh dua tahun untuk membuat persediaan — sehingga menyebabkan keruntuhan operasi.

Peraturan baharu itu berkuat kuasa pada bulan lalu dengan tujuan memberi juruterbang lebih banyak masa rehat demi meningkatkan keselamatan penumpang.

Menteri Penerbangan Awam India, Ram Mohan Naidu, pada minggu lalu berkata peraturan had masa tugas penerbangan telah “digantung sementara.”

Beliau memberitahu parlimen kelmarin bahawa siasatan penguatkuasaan terperinci terhadap gangguan operasi telah dimulakan.

“Tiada syarikat penerbangan, walau sebesar mana pun, akan dibenarkan menyebabkan kesusahan kepada penumpang melalui kegagalan perancangan, ketidakpatuhan atau pelanggaran peruntukan undang-undang,” katanya.

“Keselamatan dalam penerbangan awam adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi.”

Krisis ini merupakan antara cabaran terbesar yang dihadapi IndiGo, sebuah syarikat penerbangan kos rendah yang membina reputasi atas ketepatan masa.

India kini menjadi salah satu pasaran penerbangan yang paling pesat berkembang di dunia, dengan jumlah penumpang harian mencecah 500,000 buat pertama kali bulan lalu.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.118616 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list