CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 199|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Musim mengecewakan, Hamilton hampir 'buang telefon' dalam tong sampah

[Copy link]
Post time 8-12-2025 06:33 PM | Show all posts |Read mode
Musim mengecewakan, Hamilton hampir 'buang telefon' dalam tong sampah

Reuters




LEWIS Hamilton. FOTO Agensi



Abu Dhabi: Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton mengakui mahu membuang telefon ke dalam tong sampah selepas melalui musim paling buruk bersama Ferrari dalam saingan Formula Satu (F1).

Hamilton, 40, menyertai pasukan Itali itu dari Mercedes musim ini dalam perpindahan mega yang disifatkan sebagai gabungan pemandu paling berjaya dengan pasukan paling bersejarah dalam F1.

Harapan menggunung diletakkan, lebih-lebih lagi selepas Ferrari menamatkan musim lalu di tempat kedua keseluruhan membayangkan peluang Hamilton memburu rekod gelaran dunia kelapan.

Namun segala harapan itu bertukar mimpi ngeri.

Hamilton gagal menaiki podium sepanjang musim kali pertama dalam kariernya.

Bekas juara dunia itu mengakui kecewa.

"Sekarang saya cuma tunggu waktu bercuti…saya nak 'disconnect', tak mahu bercakap dengan sesiapa.

"Tiada siapa boleh hubungi saya sepanjang musim sejuk ini. Saya takkan bawa telefon. Saya nak 'unplug' sepenuhnya.

Kali ini, telefon itu saya nak campak dalam tong sampah," katanya meskipun bangkit menamatkan perlumbaan penutup musim di tempat kelapan.

Rakan sepasukannya, Charles Leclerc yang menamatkan musim di tempat kelima keseluruhan dengan tujuh podium turut meluahkan kekecewaan terhadap musim tanpa kemenangan Ferrari.

Menurut Leclerc, musim depan yang menyaksikan perubahan peraturan besar-besaran mungkin menjadi peluang terakhir Ferrari untuk kembali bangkit.

Ferrari yang pernah mendominasi era awal 2000-an bersama legenda Jerman, Michael Schumacher, kali terakhir muncul juara dunia melalui Kimi Raikkonen pada 2007.

Musim ini mereka menamatkan saingan di tempat keempat keseluruhan.



Disiarkan pada: Disember 8, 2025 @ 12:31pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/12/1297352/musim-mengecewakan-hamilton-hampir-buang-telefon-dalam-tong-sampah




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45808 Replies : 54
Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPRM, seleweng RM4.2 juta
ultra78Setiausaha NGO Gaza terkenal ditahan SPR
Views : 19691 Replies : 18
tavel
fe.r.re.rto.ny4tavel
Views : 303 Replies : 0
travel
fe.r.re.rto.ny4travel
Views : 304 Replies : 0
travel
rhion.aa.bu.e.ntravel
Views : 707 Replies : 0
travel
rhion.aa.bu.e.ntravel
Views : 707 Replies : 0
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 20250 Replies : 40
Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa rugi RM39,000 jalani prosedur dipromosi pempengaruh media sosial
ultra78Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa ru
Views : 9910 Replies : 3
travel
pa.u.l.alju.r.htravel
Views : 1818 Replies : 0
travel
pa.u.l.alju.r.htravel
Views : 1717 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.185744 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list