|
View: 244|Reply: 2
|
Bagaimana Pengajaran Islam Boleh Ubah Dunia Moden Kita Jadi Lebih Adil dan Kasih Sayang?
[Copy link]
|
|
|
Assalamualaikum warahmatullah
Di tengah dunia moden yang penuh dengan ketidakadilan, rasuah, diskriminasi dan kekurangan kasih sayang, pengajaran Islam menawarkan panduan lengkap untuk membina masyarakat yang lebih baik. Islam bukan sekadar agama ritual, tapi cara hidup yang menekankan nilai moral tinggi seperti keadilan, kasih sayang, hormat kepada orang tua, bantu-menolong dan jujur dalam segala urusan.
Bayangkan jika kita praktikkan larangan rasuah secara tegas – seperti yang diajar dalam Al-Quran: "Dan janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan jalan yang salah" (Surah Al-Baqarah: 188). Rasuah yang merajalela hari ini boleh dikurangkan, membawa keadilan ekonomi dan mengurangkan jurang kaya-miskin.
Kasih sayang pula adalah inti ajaran Rasulullah SAW, yang diutus sebagai "rahmatan lil alamin" – rahmat bagi seluruh alam. Membantu orang miskin melalui zakat dan sedekah, menghormati orang tua seperti firman Allah: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa" (Surah Al-Isra': 23), serta menjaga kehormatan manusia tanpa mengira suku atau status.
Jika nilai-nilai ini diamalkan secara konsisten, Adakah dunia moden kita akan jadi lebih harmonis, adil dan penuh empati? Bolehkah kita mulakan dari diri sendiri – adakah kita sudah jadi contoh? Kongsi pendapat anda di bawah! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Itulah yg semua orang cuba lakukan, tapi ujiannya terlalu terbuka.
Nak dapat titik keseimbangan itu subhanAllah, dunia bukan jannah.
Pada pendapat saya, semua tindakan ada pro cons ketika kita melaksanakannya. Uthman sendiri dibunuh dan sahabat yg lainnya.
Umpama mengimbang jongkang jongket, antara dua titik ekstrem, nak letak diri di titik sempurna di tengah-tengah itu,
Tuhan saja yg boleh letakkan.
Selain itu, ia adalah ujian umpama roda, iman berbolak balik.......kita akan buat silap demi silap, taubat demi taubat.
Saya setuju, ia bermula dengan diri sendiri. Dan kemudian ikut surah wal 'Asr.....
Saya sendiri, ketika mula2 masuk forum, sy rs sy lebih baik dr sekarang.
Sekarang bila dah dewasa, mcm lebih berani saja, tidaklah lebih baik.
Wallahua'lam.......
Bagaimana pengajaran islam boleh mengubah?
Ya ia perlu diamalkan dan istiqomah. ketika istiqomah itulah datangnya rasa GELI, AKWARD, DAN CANGGUNG.
Kebanyakkan org jenis follow trend. mereka sukar utk berjaya.
Hatta jika zaman terbaik itu muncul lagi pun, manusia akan bosan.
Yang mampu istiqomah itu sedikit.....
Putaran dunia akan tetap berulang. Sekularism pergi dan datang kembali, keinsafan pergi dan datang kembali.
Sekarang trend org masuk islam secara berpusu pusu. Bukan jua ia lambang kesejatian.
Hanya roda yang berpusing.
Beruntunglah sebahagian kecil manusia yg istiqomah. Kita tiada pilihan. Memang kena istiqomah dalam apa jua zaman.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam TT
Di tengah dunia moden yang penuh dengan ketidakadilan, rasuah, diskriminasi dan kekurangan kasih sayang, pengajaran Islam menawarkan panduan lengkap untuk membina masyarakat yang lebih baik. Islam bukan sekadar agama ritual, tapi cara hidup yang menekankan nilai moral tinggi seperti keadilan, kasih sayang, hormat kepada orang tua, bantu-menolong dan jujur dalam segala urusan.
Hakikat islam jika dietimologikan sebagai berserah, aman dan selamat.
- realitinya tidak (makro)
Maka, mikronya hanya institusi keluarga dan masyarakat kejiranan yang kita mampu anjurkan.
- obligasi/fardhu setiap insan muslim
Bayangkan jika kita praktikkan larangan rasuah secara tegas – seperti yang diajar dalam Al-Quran: "Dan janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan jalan yang salah" (Surah Al-Baqarah: 188). Rasuah yang merajalela hari ini boleh dikurangkan, membawa keadilan ekonomi dan mengurangkan jurang kaya-miskin.
Etika ekonomi dunia sendiri berasaskan riba (interest/debt-based) dan dijulang orang yang paling kaya di dunia, walhal paling banyak hutangnya.
- Bayangkan dia agihkan bantuan konglomerat sebahagian billion hutangnya kepada kerja kebajikan (bukan orang miskin) atas nama KasihanMy atau mat salih bilang philanthropy i.e. elak dicukai.
Jurang kaya-miskin, Malaysia kedua selepas Filipina di ASEAN, dunia 100+ (GINI 40.7)
Kasih sayang pula adalah inti ajaran Rasulullah SAW, yang diutus sebagai "rahmatan lil alamin" – rahmat bagi seluruh alam. Membantu orang miskin melalui zakat dan sedekah, menghormati orang tua seperti firman Allah: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa" (Surah Al-Isra': 23), serta menjaga kehormatan manusia tanpa mengira suku atau status.
Ye, ahlulbait sendiri...institusi kekeluargaan Islam. Kena jaga diri dari ghibah, umpat, gossip, bawang hal keluarga orang lain - penyakit kronik medsos.
Jika nilai-nilai ini diamalkan secara konsisten, Adakah dunia moden kita akan jadi lebih harmonis, adil dan penuh empati? Bolehkah kita mulakan dari diri sendiri – adakah kita sudah jadi contoh? Kongsi pendapat anda di bawah!
Tiada kuasa dan kekuatan tanpa Allah.
Hanya mampu buat sehabis baik, memandangkan dunia moden perlukan pengadilan dan pengasihan.
Dacing eko-nomi dah senget maksima, kena reset dalam masa terdekat.
Jika dikerah memilih kiri atau kanan, elak. Ambil tengah² selamat. Jauhi ekstremis kedua² hujung.
Dekatkan yang dekat, pantau yang jauh. Yang di sebalik ufuk, tawakkal.
Telaah firman² Allah dan risalah² para anbiya dan mursalin a.s. sbg panduan dan penyuluh.
رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْر
Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku fakir (memerlukan) apa-apa kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.
[Cerita 28:24]
Wallahu a'lam
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|