CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 163|Reply: 0

IndiGo batal 1,232 penerbangan, ribuan penumpang terkandas

[Copy link]
Post time 6-12-2025 09:36 AM | Show all posts |Read mode


Penumpang beratur di kiosk Indigo Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda di Bengaluru semalam selepas syarikat penerbangan terbesar di India itu membatalkan lebih 1,200 penerbangan. — Gambar AFP

NEW DELHI: Keadaan kelam-kabut melanda lapangan terbang di India semalam selepas syarikat penerbangan terbesar negara itu, IndiGo, membatalkan lebih 1,200 penerbangan, menyebabkan ribuan penumpang terkandas.

Syarikat itu menyalahkan gangguan tersebut kepada “cabaran operasi yang tidak dijangka” termasuk masalah teknikal, keadaan cuaca buruk dan peraturan baharu untuk pekerja.

Pihak pemerhati penerbangan India telah mengarahkan siasatan dan menuntut IndiGo mengemukakan rancangan untuk mengurangkan gangguan yang berlarutan sejak Isnin.

Penumpang meluahkan kemarahan mereka di media sosial, dengan seorang pengguna di lapangan terbang di X menggambarkan “keadaan kelam-kabut sepenuhnya” dengan kelewatan sehingga lapan jam dan “tiada kakitangan” untuk membantu.

Sebanyak 1,232 penerbangan IndiGo telah dibatalkan setakat Rabu, menurut syarikat itu. Jumlah kelewatan adalah masih belum jelas.

IndiGo berkata ia menawarkan pengaturan perjalanan alternatif dan bayaran balik kepada pelanggan sambil memulihkan perkhidmatannya.

Syarikat itu mengakui operasi mereka “terganggu dengan ketara” sebahagiannya akibat peraturan penjadualan kru baharu yang memberi “kesan negatif berganda”.

Peraturan tersebut berkuat kuasa pada bulan lalu dan bertujuan memberi juruterbang serta kru lebih banyak masa rehat untuk meningkatkan keselamatan penumpang.

Gangguan ini merupakan satu lagi tamparan kepada syarikat penerbangan bajet itu, yang membina reputasi atas ketepatan masa.

Minggu lalu, 200 pesawatnya terjejas apabila Airbus mengeluarkan amaran untuk naik taraf segera bagi 6,000 pesawat di seluruh dunia.

India kini merupakan salah satu pasaran penerbangan yang paling pesat berkembang di dunia, dengan jumlah penumpang harian mencecah 500,000 pada bulan lalu buat kali pertama.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.049723 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list