Harimau Malaya kini di ranking ke-116 dunia
November 20, 2025 @ 12:10am

Pasukan bola sepak negara berjaya melonjak dua anak tangga ke tangga ke-116 dunia dalam ranking FIFA terkini. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak negara berjaya melonjak dua anak tangga ke tangga ke-116 dunia dalam ranking FIFA terkini, yang diumumkan hari ini, berbanding kedudukan ke-118 pada kemas kini sebelum ini, 17 Oktober 2025.
Thailand kekal sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara dan memperbaiki kedudukan dari tangga ke-96 ke 95.
Vietnam juga naik satu anak tangga dengan menduduki tangga ke-110 untuk kekal sebagai pasukan kedua terbaik Asia Tenggara, diikuti Malaysia di tangga ketiga dan Indonesia keempat.
Filipina menyaksikan lonjakan lima anak tangga untuk menghuni tangga ke-136 dan kelima terbaik Asia Tenggara.
Singapura yang baru melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2027 turut meningkat ketara - empat anak tangga untuk berada di ranking ke-151.
Kemas kini ranking seterusnya dijadual pada 23 Disember 2025.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/11/1473923/harimau-malaya-kini-di-ranking-ke-116-dunia
|