CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 0

Hurikan Melissa ragut 75 nyawa, jejaskan 5 juta penduduk di Caribbean

[Copy link]
Post time 9-11-2025 11:40 AM | Show all posts |Read mode


NEW YORK: Hurikan Melissa meragut sekurang-kurangnya 75 nyawa dan menjejaskan hampir lima juta penduduk di Cuba, Haiti dan Jamaica, seminggu selepas ia membadai rantau Caribbean, kata jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat, lapor Xinhua.

Timbalan Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Farhan Haq, berkata bahawa hurikan itu turut menyebabkan lebih 770,000 orang hilang tempat tinggal serta merosakkan atau memusnahkan puluhan ribu rumah, sekolah dan kemudahan kesihatan.

“Kami dan rakan kerjasama terus menyokong pihak berkuasa di ketiga-tiga negara berkenaan,” katanya ketika taklimat harian.

Di Jamaica, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) menempatkan kakitangan tambahan bagi membantu kerajaan menangani isu kemanusiaan dan memperkukuh operasi di lapangan, kata Haq.

Beliau berkata di Cuba, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) menghantar peralatan pertanian, makanan ternakan dan bekalan perikanan untuk membantu memulihkan sumber pendapatan.

Pelbagai agensi PBB turut melaksanakan operasi di rantau berkenaan, termasuk Tabung Penduduk (UNFPA) yang mengedarkan kit kesihatan reproduktif serta bekerjasama dengan rakan tempatan bagi mencegah dan menangani keganasan berasaskan jantina.

Program Pembangunan PBB (UNDP) pula membekalkan bumbung, set alatan dan penjana bagi menyokong proses pemulihan awal, manakala Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) menghantar bekalan penyimpanan dan rawatan air yang mampu memberi manfaat kepada sehingga 16,000 orang setiap hari.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.048501 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list