CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 361|Reply: 0

Angka korban banjir di tengah Vietnam meningkat kepada 35 orang

[Copy link]
Post time 3-11-2025 10:30 AM | Show all posts |Read mode


Gambar dari udara menunjukkan banjir di wilayah tengah Vietnam berikutan hujan lebat di Hoi An pada 30 Oktober. Hujan lebat dan banjir di wilayah tengah Vietnam meragut 35 nyawa, menurut pegawai pengurusan bencana hari ini, dengan lima orang lagi masih hilang. - Gambar AFP

HANOI: Angka korban akibat hujan lebat dan banjir di wilayah tengah Vietnam telah meningkat kepada 35 orang dan lima lagi dilaporkan hilang manakala 60 yang lain cedera, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Daik dan Bencana Vietnam pada Ahad, lapor Xinhua.

Lebih 16,500 rumah masih ditenggelami air, manakala 361 yang lain rosak.

Banjir itu turut menenggelamkan lebih 5,300 hektar sawah padi dan tanaman lain, merosakkan hampir 800 hektar pokok buah-buahan, serta membunuh atau menghanyutkan lebih 42,000 ternakan dan ayam itik, menurut laporan itu.

Bekalan elektrik telah dipulihkan bagi kebanyakan kawasan terjejas, dengan kira-kira 75,000 isi rumah masih terputus bekalan elektrik.

Kerajaan Vietnam telah meluluskan dana bantuan kecemasan sebanyak 450 bilion dong Vietnam (kira-kira US$17.93 juta) untuk menyokong empat bandar dan wilayah di tengah Vietnam dalam usaha pemulihan mereka, termasuk Hue, Da Nang, Quang Tri dan Quang Ngai.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.263720 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list