CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 669|Reply: 12

[Lain-Lain] ABADI NAN JAYA (NETFLIX)

[Copy link]
Post time 14-10-2025 07:22 AM | Show all posts |Read mode



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2025 07:38 AM | Show all posts
Filem ini bercerita pasal sebuah keluarga yang kaya, namun berpecah belah yang menjalankan perniagaan ubat herba yang berjaya di sebuah perkampungan terpencil berhampiran Yogyakarta di pulau Jawa Indonesia. Ketua keluarga, didorong oleh cita-cita buta, mengejar matlamat yang bercita-cita tinggi, penciptaan elixir untuk belia abadi. Di bawah nama kod "ANJ," dia membangunkan apa yang dipanggil "elixir herba," yang dihasilkan dalam Batch 23A. Dengan yakin bahawa ubat ini boleh mengubah dunia, dia menggerakkan rangkaian peristiwa yang membawa maut: Elixir melancarkan malapetaka wabak zombi yang merebak dengan pantas ke seluruh kampung. Ketika wabak terus merebak ke seluruh pulau dan ancaman mayat hidup semakin meningkat, penduduk memulakan perjuangan terdesak untuk terus hidup.

Filem ini diarahkan oleh Kimo Stamboel, If Iols tak silap die juga ade project filem Horor terbaharu Janur Ireng. Janur ireng ni film prekuel dari Sewu Dino yang mengisahkan kutukan santet dan tragedi keluarga Kuncoro.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2025 07:52 AM | Show all posts
Edited by amandel at 14-10-2025 07:56 AM

Jika tak minat horor mungkin boleh tunggu Ipar Adalah Maut the series... Dekat siris ni ade beberapa pelakon yang sama, tapi ada juga pelakon yang berbeza... Watak Aris masih dilakaonkan oleh Deva Mahendra, sementara watak Nisa dan Rani dilakonkan oleh Tatjana Saphira dan Nicole Parham... Siris ini diarahkan oleh pengarah filemnya yaitu Hanung Bramantyo beserta dengan pengarah Sanjeev Ram Kishan... Siris ini nak ditayangkan dekat MDTV dan Netflix... Iols belum tahu kapan siris ni nak ditayangkan...






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2025 08:46 AM | Show all posts
Beberapa bulan yang lalu, salah satu penulis ternama Indonesia, Dee Lestari, memposting foto bersama pihak Netflix... Ramai yang berharap salah satu bukunya akan diadaptasi oleh Netflix tak pasti sama ada dalam bentuk siri atau filem... Ramai yang membuat spekulasi bahawa buku yang dimaksudkan adalah Aroma Karsa... Iols pun tak pasti spekulasi ni betul ke tak, tapi memang berharap sangat kalau betul buku Aroma Karsa yang akan diadaptasi... Sebab buku tu memang best... Tapi kalaupun bukan buku tu Iols oke je, sebab semua buku Dee Lestari memang best...

Citer sikit pasal Buku Aroma Karsa, buku ini membahas topik yang jarang disentuh iaitu indra penciuman... Ceritanya berkisar tentang pencarian sebuah tanaman mitos bernama Puspa Karsa... Tanaman ini memiliki aroma ajaib yang boleh mengendalikan kehendak manusia dan memberikan kekuatan kepada penggunanya sama ada untuk jadi kaya atau dicintai ramai tapi ia juga sangat berbahaya... Puspa Karsa menjadi fokus utama dalam perjalanan para watak utama dalam novel ni... Watak-watak dalam cerita ini memang menarik, ada seorang peniru parfum yang tinggal di tempat pembuangan sampah, seorang pemilik syarikat parfum yang kaya raya, seorang pelumba kereta, dan juga makhluk-makhluk ghaib... Setting cerita ni pun sangat menarik bermula dari zaman kerajaan Majapahit, ke tempat pembuangan sampah, Perancis, dan juga hutan ajaib dekat Gunung Lawu... Buku ini moleh menggabungkan hal yang saintifik, fantasi, sejarah, romance dan pengembaraan...

Kajian pengarang Dee Lestari terhadap novel Aroma Karsa adalah menyeluruh dan mendalam, merangkumi pelbagai aspek latar belakang cerita... Untuk mendalami tema haruman dan deria bau, Dee mengikuti kursus mengadun minyak wangi di Singapura melalui Nose Who Knows (gabungan Cinquième Sens, Perancis), dan menemu bual pengisar minyak wangi di Indonesia... Bagi menghidupkan watak Jati Wesi yang menetap di situ, sheols turut menjalankan penyelidikan secara langsung di Tapak Pengurusan Sisa Bersepadu (TPST) Bantar Gebang... Tambahan pula, untuk elemen fantasi dan mitologi pencarian Puspa Karsa, penyelidikannya termasuk mendaki Gunung Lawu, menemu bual penjaga, meneliti laluan, mengkaji Jawa Kuno, epigrafi Majapahit, dan melawat pengumpul orkid yang jarang ditemui... Keseluruhan proses penyelidikan didokumentasikan dengan baik, menunjukkan komitmen Dee Lestari untuk menggabungkan fiksyen, sains dan mitologi...

Dee Lestari juga menemu bual Ananda Mikola, seorang pelumba negara, sebagai sebahagian daripada proses penyelidikannya untuk memperincikan keperluan watak pelumba dalam novel itu... Ini menunjukkan kesungguhan Dee Lestari dalam membina latar belakang dan perwatakan, bahkan hingga ke perincian profesion tertentu, demi menganyam fakta kukuh menjadi fiksyen...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2025 09:17 AM | Show all posts
Kembali ke filem Abadi Nan Jaya, filem ni punya tajuk International The Elixir... Filem ini tayang dekat netflix 23 Oct 2025 mendatang...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2025 07:21 PM | Show all posts
Iols dah tengok...

Dari filem ini Iols sebetulnye paling suka dengan tajuk die "Abadi Nan Jaya", Jika diterjemahkan dalam bahasa inggrispun Iols rasa best juga "Eternal and Glorious", memang sesuai untuk filem pasal zombie... But Iols tertanya juga kenapa tajuk International filem ini "The Elixir", dan Iols cuba cari tahu sebab Iols tak familiar dengan ayat tu... Dan Iols menemukan benda menarik pasal ayat ini...


Secara etimologis, perkataan elixir berasal daripada bahasa Arab الإكسير (al-iksīr) yang membawa maksud batu filsuf atau ubat mujarab... Dalam bahasa Latin pada zaman pertengahan, istilah ini berubah menjadi elixirium, sebelum diserap ke dalam bahasa Inggeris sebagai elixir... Dalam alkimia yang merupakan asas kepada ilmu kimia moden, elixir dianggap sebagai zat lagenda yang dipercayai mempunyai kuasa untuk mengubah logam biasa menjadi emas, menyembuhkan segala jenis penyakit, memberikan umur panjang atau keabadian... Elixir seperti ini sering digelar sebagai “Elixir of Life” (Ubat Keabadian) atau “Philosopher’s Stone” (Batu Filsuf) dalam tradisi Eropah... Ia bukan sekadar ramuan mistik, tetapi juga simbol kepada pencarian manusia terhadap kesempurnaan dan kehidupan yang abadi...

If Iols tak silap Philosopher’s Stone pun punya arti yang sama... Dalam filem Harry Potter and the Philosopher’s Stone (2001), Philosopher’s Stone atau dalam versi Amerika disebut Sorcerer’s Stone, ialah batu ajaib yang mampu memberikan keabadian dan menghasilkan emas murni... Ia bukan sekadar objek sihir, tetapi simbol dari ilmu kuno dan kekuatan luar biasa yang hanya dapat diciptakan oleh seorang ahli sihir yang sangat bijaksana...

So tajuk filem ini memang menarik...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-10-2025 07:48 PM | Show all posts
Edited by amandel at 25-10-2025 07:55 PM

Watak-watak dalam filem ni memang menarik, jenis keluarga yang betul-betul tak fungsion... Semua watak ada sebab nak sayang dan nak lempang pada masa yang sama satu sama lain... Daripada semua watak yang dikejar tu, yang paling buat aku naik darah ialah si Kenes... Kemahiran survival dia memang teruk ahahaha... Tak tahu memang disengaja masa penulisan atau tak, tapi dekat dunia nyata, watak Kenes memang realistic...

Apabila seseorang terlalu takut, marah, atau terlalu cinta, otak manusia sebenarnya sedang berada dalam keadaan “dikuasai emosi”... Ini berlaku kerana bahagian otak yang bernama amigdala, pusat kawalan emosi yang terletak di bahagian dalam otak, mengambil alih fungsi daripada neokorteks, iaitu bahagian otak yang bertanggungjawab untuk berfikir secara logik, merancang, dan membuat keputusan yang rasional...

Amigdala bertindak seperti sistem penggera keselamatan dalam tubuh... Apabila ia mengesan ancaman, bahaya, atau rangsangan emosi yang kuat, ia segera menghantar isyarat kecemasan kepada seluruh badan, meningkatkan degupan jantung, mempercepatkan pernafasan, dan mengaktifkan hormon stres seperti adrenalin... Reaksi ini berlaku dengan sangat pantas... lebih cepat daripada neokorteks sempat menilai situasi dengan rasional...

Sebab itu, apabila kita terlalu takut, marah, atau terlalu cinta, kita cenderung bertindak dulu sebelum berfikir... Otak bahagian emosi “memintas” otak bahagian logik, menyebabkan keputusan kita lebih banyak digerakkan oleh naluri dan perasaan... Dalam keadaan ini, sukar untuk berfikir dengan jernih kerana tenaga mental sedang difokuskan kepada “melawan atau melarikan diri” daripada situasi yang dianggap penting oleh otak...

Selepas emosi itu reda, barulah neokorteks mengambil alih semula... Pada waktu itu, barulah kita mampu menilai dengan lebih rasional dan sering menyesal dengan tindakan yang dibuat ketika dikuasai emosi... Inilah sebabnya apabila seseorang terlalu marah, terlalu takut, atau terlalu cinta, dia boleh berkata atau bertindak dengan cara yang tidak masuk akal... bukan kerana dia bodoh... tetapi kerana otaknya sedang berfungsi dalam mod emosi, bukan logik... Jadi, walaupun Iols geram tengok Kenes dalam filem ni, Iols rasa kalau Iols berada di tempat dia pun... mungkin Iols akan buat benda yang sama juga ahahaha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2025 08:07 PM | Show all posts
Hari ini The Elixtir masuk top 1 Netflix Global... Untuk peminat siris Ipar adalah Maut, siris ni akan ditayangkan dekat Netflix awal bulan November...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2025 09:04 AM | Show all posts
amandel replied at 14-10-2025 07:52 AM
Jika tak minat horor mungkin boleh tunggu Ipar Adalah Maut the series... Dekat siris ni ade beberapa ...

wow menarik ni -- sambungan dr babak akhir filem kah ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2025 09:05 AM | Show all posts
iol dah tgk dah elixir ni,
kelakar ya amat ye uols,

but based citer macam train to busan,
cuma takde hero hensem macam pak gong yoo
uncle yg jadi punca wabak berlakon citer gowok,
macam selalu je nampak muka uncle ni berlakon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2025 04:59 PM | Show all posts
zentakdedaya replied at 28-10-2025 09:04 AM
wow menarik ni -- sambungan dr babak akhir filem kah ?

Based on trailer, Iols rasa siris ni bukan sambungan dari babak akhir filem, tapi cerita ulang dengan stori lagi ditail... Pelakon Tatjana Saphira (baca : Tat-ya-na  Sa-fi-ra) yang memegang watak Nisa dulu pernah berlakon dengan Gong Yoo sebagai couple dekat salah satu iklan...

Iols harap lagi banyak siris dari MD based on movie... Iols rasa Ayat-Ayat Cinta and Habibie Ainun juga macam best juga jika dijadikan siris... Citer dalam novel dua filem ni macam lagi detail dan best...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2025 05:16 PM | Show all posts
zentakdedaya replied at 28-10-2025 09:05 AM
iol dah tgk dah elixir ni,
kelakar ya amat ye uols,

Memang beberapa watak dekat filem The Elixir buat naik darah ahahaha...

Uncle dekat filem Abadi nan Jaya tu Donny Damara, akhir ni memang banyak filem lakonan heols tayang dekat Netflix... Ade Abadi Nan Jaya, Tuhan Izinkan Aku Berdosa dan Gowok... Dekat filem lovely Man (2012), heols juga pernah berlakon dengan pelakon filem Gowok lain, Raihaanun... Dulu filem ni sempat tayang dekat Netlix, tapi sekarang Iols cari dah takde...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2025 05:34 PM | Show all posts
Edited by amandel at 29-10-2025 06:06 PM

Jika minat filem komedi, Iols rekomen siris Taiwan bertajuk "I am Married... But!"... Iols rasa siris ni punya stori yang best dan kelakar... Siris ni 12 episod tapi tiap episod tak panjang, so selesa juga tengok... Story dekat siris ni juga banyak pengajaran pasal perkahwinan, editing and scoring juga tip top...

Filem komedi tempatan Martabat: Misi Berdarah juga best... Iols selalu tergelak jika ingat Johnny Deep dengan Amber Chia ahahaha...





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.056872 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list