CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 267|Reply: 1

[Sukan & Senibela Diri] Tat Meng kritikal nahas jalan raya di Sydney

[Copy link]
Post time 12-9-2025 02:52 AM | Show all posts |Read mode
Tat Meng kritikal nahas jalan raya di Sydney

K. M. Boopathy




TAT Meng (kanan) kini dirawat di unit rawatan rapi.



Kuala Lumpur: Jurulatih perseorangan berpengalaman Malaysia, Wong Tat Meng kini sedang bertarung nyawa selepas terlibat dalam kemalangan motosikal yang serius di Sydney pada Ahad.

Menurut laporan media, dua motosikal bertembung dan salah seorang penunggang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian di Putty Road, kawasan Garland Valley.

Laporan itu turut menyatakan penunggang kedua, seorang lelaki berusia 58 tahun diberikan rawatan oleh paramedik ambulans New South Wales di tempat kejadian sebelum diterbangkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

Bekas pemain kebangsaan, Datuk James Selvaraj, mengesahkan Tat Meng, yang dikenali sebagai peminat motosikal tegar, kini berada di unit rawatan rapi (ICU) dalam keadaan kritikal.

Jurulatih yang berpengalaman luas itu memainkan peranan penting dalam membantu pemain profesional bebas, Lee Zii Jia, meraih pingat gangsa acara perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Paris tahun lalu sebelum meletakkan jawatan dan berpindah ke Sydney untuk menjadi jurulatih kelab.



Disiarkan pada: September 11, 2025 @ 11:37am

https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2025/09/1262767/tat-meng-kritikal-nahas-jalan-raya-di-sydney




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2025 07:14 PM | Show all posts
tq @Vellfire  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.044331 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list