CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 211|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Peluang Hakim Danish cipta sejarah belum tertutup

[Copy link]
Post time 9-9-2025 08:25 PM | Show all posts |Read mode
Peluang Hakim Danish cipta sejarah belum tertutup

Oleh Khairil S Iswan - September 9, 2025 @ 7:05pm





Hakim Danish masih berpeluang memburu kejuaraan keseluruhan RBMRC. -



KUALA LUMPUR: Tiada apa lagi yang difikirkan pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli selain menyapu bersih kedua-dua perlumbaan demi memburu mahkota kejuaraan pada pusingan akhir Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) di Litar Misano, Itali, hujung minggu ini.

Sekalipun sedar tugas getir menantinya, pelumba 18 tahun itu tetap meletakkan sasaran menamatkan kedua-dua perlumbaan sebagai pemenang bagi mencerahkan peluang bergelar juara keseluruhan.

Pelumba itu kini menghuni tangga ketiga keseluruhan dengan mengumpul 165 mata, ketinggalan 26 mata di belakang pendahulu dari Sepanyol, Brian Uriarte (191 mata), manakala pelumba Indonesia, Vega Eda Pratama di kedudukan kedua dengan 170 mata.

Ketika 50 mata maksimum masih lagi menjadi rebutan di Misano, peluang Hakim Danish mencipta sejarah sebagai juara RBRMC pertama dari Malaysia masih belum tertutup.

"Semestinya saya lebih bersemangat untuk berlumba di pusingan akhir ini. Sekarang saya berada di kedudukan ketiga kejuaraan. Jadi saya masih berpeluang untuk mengejar kejuaraan dengan perbezaan 26 mata.

"Ketika ini dalam fikiran saya, hanya tempat pertama, tempat pertama," kata bekas juara Asia Talent Cup itu.

Keyakinan Hakim Danish bersandarkan kepada persiapan rapi yang dilakukannya sebelum berlepas ke Itali di Malaysia yang merangkumi pelbagai aspek fizikal dan mental.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/09/1444167/peluang-hakim-danish-cipta-sejarah-belum-tertutup





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.105106 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list