CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 273|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Ronaldo atasi rekod Messi

[Copy link]
Post time 7-9-2025 11:09 PM | Show all posts |Read mode
Ronaldo atasi rekod Messi

September 7, 2025 @ 9:42pm




Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo (tengah) menjaringkan gol ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2026 Kumpulan F menentang Armenia di Stadium Vazgen Sargsyan Republican Stadium, Yerevan, Armenia. - Foto REUTERS



YEREVAN, Armenia: Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi watak utama ketika Portugal membelasah Armenia 5-0 dalam aksi pembukaan Kelayakan Piala Dunia 2026, awal pagi tadi.

Bintang berusia 40 tahun itu meledak dua gol, sekali gus membantu Portugal menguasai permainan dari mula hingga tamat.

Portugal membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi Joao Felix sebelum Ronaldo menggandakan kedudukan pada minit ke-21.

Joao Cancelo menambah gol ketiga pada minit ke-32, manakala Ronaldo menyempurnakan gol kedua peribadi dengan penyudah cantik sejurus babak kedua bermula. Gol kelima hadir pada penghujung permainan untuk melengkapkan pesta jaringan tuan rumah.

Dengan jaringan keduanya, Ronaldo kini mengumpul 140 gol antarabangsa dan memintas Lionel Messi dalam senarai penjaring terbanyak Kelayakan Piala Dunia. Ronaldo merekodkan 38 gol dalam 48 aksi kelayakan, semakin hampir menyamai rekod Carlos Ruiz dari Guatemala sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Selepas gol pertamanya, Ronaldo memberikan penghormatan penuh emosi kepada bekas rakan sepasukan, Diogo Jota, yang maut dalam kemalangan jalan raya Julai lalu bersama abangnya, Andre Silva. Cancelo turut meraikan jaringannya dengan gaya sambutan khas Jota.

"Diogo sentiasa bersama kami. Sambutan Joao Cancelo adalah momen yang indah," kata pemain tengah, Joao Neves.

Ronaldo dalam satu hantaran di media sosial menyifatkan kemenangan ini sebagai "langkah pertama" menuju impiannya beraksi di Piala Dunia keenam tahun depan dan menjulang trofi berprestij itu – satu-satunya kejuaraan utama yang masih belum dimilikinya.

Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico dijangka menjadi peluang terakhir Ronaldo meraih gelaran berkenaan, sementara Messi juga bakal tampil buat kali keenam, menjadikan kedua-duanya bakal mengatasi nama-nama besar lain yang hanya membuat lima penampilan. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/09/1443374/ronaldo-atasi-rekod-messi





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.282011 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list