CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 197|Reply: 0

[Sukan Bermotor] GP Monaco kekal hingga 2035

[Copy link]
Post time 5-9-2025 11:54 PM | Show all posts |Read mode
GP Monaco kekal hingga 2035

[size=0.8]Reuters





DOMENICALI gembira mengumumkan sambungan acara hebat ini hingga 2035. FOTO Reuters



Monza: Perlumbaan ikonik Grand Prix (GP) Monaco akan terus kekal dalam kalendar Formula Satu (F1) sehingga sekurang-kurangnya 2035 selepas kontrak baharu diumumkan semalam.

Perjanjian itu hadir kurang setahun selepas kontrak asal yang berlanjutan sehingga 2031 dilanjutkan enam tahun lagi, dengan tarikh perlumbaan turut dipinda dari Mei ke Jun bagi mengelakkan pertembungan dengan Indianapolis 500.

Pengumuman rasmi dibuat menjelang GP Itali di Monza, dengan Ketua Eksekutif F1, Stefano Domenicali menyifatkan perlumbaan di Monte Carlo sebagai antara acara paling ikonik dalam sukan berkenaan.

"Jalan raya di Monaco sudah bergema dengan deruman F1 sejak awal lagi, jadi saya gembira mengumumkan sambungan acara hebat ini hingga 2035. Ia perlumbaan ikonik yang disukai semua pemandu dan peminat dengan aura unik kerana berlangsung di sebuah bandaraya paling glamor dunia," kata Domenicali.

GP Monaco mula dimasukkan dalam kalendar kejohanan dunia pada 1950 dan, kecuali 2020 ketika pandemik, ia kekal menjadi perlumbaan tetap sejak 1955.

Dengan kontrak baharu ini, Monaco kini sebaris dengan venue yang mempunyai tempoh perjanjian terpanjang dalam F1, antaranya Litar Red Bull Ring di Austria dan Miami sehingga 2041, Bahrain (2036), Melbourne (2035), Silverstone (2034) manakala Arab Saudi dan Qatar pula kekal sehingga sekurang-kurangnya 2032.



Disiarkan pada: September 5, 2025 @ 9:37pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/09/1260704/gp-monaco-kekal-hingga-2035




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.078787 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list