|
View: 978|Reply: 8
|
Individu raih untung jual ayam bakar depan rumah, jiran dapat pakaian bau asap - "Boleh tak saya bagi surat layang?"
[Copy link]
|
|
|
MASALAH berkaitan jiran bukan sekadar bising atau berebut parkir semata-mata, sebaliknya turut melibatkan hal lain yang dianggap remeh tetapi memberi kesan besar kepada kehidupan harian.
Seorang individu meluahkan rasa kurang senang apabila rumahnya mengalami masalah pencemaran bau berpunca daripada asap ayam bakar yang dijual jiran selang tiga buah rumah dari kediamannya.
Menurut perkongsiannya di media sosial, setiap petang sebaik sahaja perniagaan ayam bakar dibuka, pakaian yang dijemur akan melekat bau asap.
"Asap ayam bakar tu terbang la ke rumah saya, habis baju-baju yang tengah sidai dekat luar tu bau asap setiap hari.
"Saya ni dah lama sabar sebenarnya. Boleh tak kalau saya bagi surat layang dekat dia? Nak tegur macam pelik pula sebab tak pernah bertegur sapa," soal individu berkenaan.
Selain rancangan menghantar surat layang, dia turut bercadang untuk membuat laporan kepada pihak majlis perbandaran supaya penjual ayam bakar itu ditegur atau dikenakan tindakan.
Tegasnya, dia bukanlah mahu menutup periuk nasi jirannya tetapi hanya ingin mencari penyelesaian kepada masalah yang mengganggu dirinya dan penduduk sekitar.
"Adakah saya patut terus buat laporan dekat majlis je? Saya bukan nak kacau bisnes dia. Saya nak jaga baju saya yang setiap hari bau asap tu je," jelasnya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang memberikan pelbagai cadangan.
Ada yang menyarankan agar dia menegur jiran tersebut terlebih dahulu sebelum membuat laporan.
"Tegur dahulu. Kalau dah beberapa kali tegur tak jalan, 'report' sahaja majlis. Tapi tu la, nanti kena arah tutup, dia buat video dengan lagu latar sayu kemudian 'caption' terpaling ditindas.
" ergi la tegur dulu. Cakap je baik-baik berbincang cari cara penyelesaian. Membuat aduan dekat majlis akan merosakkan hubungan sesama manusia. Mesti ada rasa dendam dalam hati tu nanti," kata beberapa netizen.
Namun begitu, tidak kurang juga yang berpendapat isu berkenaan wajar dibawa ke pihak berkuasa kerana melibatkan peraturan perniagaan di kawasan perumahan.
"Buat aduan dekat majlis sebab itu kawasan perumahan dan nak meniaga kena ada lesen dan suntikan typhoid kalau awak nak kendalikan makanan dan minuman.
"Kita ikut peraturan je tak payah surat layang nanti lagi dia tak suka," ujar seorang lagi netizen.
Kredit: – mStar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak aku pernah tegur cara baik jiran yg suka letak tong sampah dia depan rumah kami. Last2 dia sengaja letak tong sampah dia depan pagar rumah kami sebab senang anak2 dia nak parking kereta. Jiran dari neraka. Kalau kes macam ni elok terus buat report kat bandaran je. Tak payah tegur cara baik..kang ada yg bergaduh hahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tegur baik pun tak jalan, report terus lah.
Orang macam ni tak sesuai hidup dengan komuniti manusia. Patut duduk hutan sana dengan binatang. Binatang pun reti duduk aman damai dalam hutan sana. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
in yang i hadapi..cina jiran i ols retire bukan kedai makan belakang rumah vegan food..isnin sampai sabtu. 6 am sampai pkl 2 ptg kadang-kadang lajak sampai 4 petang. i sebagai jiran yang baru berpindah i tak leh nk kata lebih sebab jiran-jiran lain tak pernha compain pasal mereka. sabtu i tak leh nk santai santai sebab terpaksa dengar bunyi radio mereka.tu belum lagi setiap pagi dah bangun pkl 4 pagi utk set up masak masak.entah la.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
report je terus, takyah berbudi bahasa sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ni baru bab niaga depan rumah, ada yang niaga simple2 takpe
ini sampai berbakor2 pulak depan tu
ada species bela ayam la kambing itik la
memang la dalam kawasan ko tapi bau nye sampai ke sini
yang lagi sepecies terpaling tanam pokok pun ada
time rajin ko cantas2 pokok ko
time kot bz , menjalar2 pokok ko masuk tempat orang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Gianna111 replied at 28-8-2025 11:35 AM
in yang i hadapi..cina jiran i ols retire bukan kedai makan belakang rumah vegan food..isnin sampai ...
Sama mcm jiran ai.kami rumah rapat2.jiran blkg ni selalu masak2 utk brjualan.tp dia start ptg ke malam mcmtu.so smpat la baju2 kt ampaian kering dulu.
Cuma malam2 mmg tutup tingkap la.kalau x bising lagi.bau lagi.smpai pagi dia masak2.
Alhmdulillah skrg dia dh buat kerja lain 
Sunyi terus rumah dia |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang x suka kalau baju bau x best |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|