CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 170|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Nasihat legenda kepada Piastri

[Copy link]
Post time 18-8-2025 11:07 PM | Show all posts |Read mode
Nasihat legenda kepada Piastri

Agensi




OSCAR Piastri. FOTO REUTERS



Berlin: Ralf Schumacher menasihati pemandu McLaren, Oscar Piastri supaya tidak mengambil terlalu banyak risiko pada separuh kedua musim Formula Satu (F1) 2025 ketika dia sedang bersaing dengan rakan sepasukan, Lando Norris untuk merebut gelaran dunia pertamanya.

Piastri dan Norris adalah pencabar realistik bagi kejuaraan dunia tahun ini, dengan McLaren menikmati kelebihan besar berbanding pesaingnya yang lain.

Walaupun kurang berpengalaman berbanding Norris, Piastri mengetuai kejuaraan pemandu sejak Grand Prix (GP) Arab Saudi pada April lalu, namun Norris berjaya merapatkan jurang kepada sembilan mata dengan tiga kemenangan dalam empat perlumbaan terakhir.

Bekas pemandu F1, Schumacher percaya Norris dan Piastri kini berada pada tahap yang seimbang, tetapi memberi amaran bahawa Piastri boleh tergelincir apabila kejuaraan semakin hampir dalam genggamannya.

"Sebelum ini saya akan katakan Lando adalah pemandu yang lebih lengkap, tetapi Oscar berjaya mengatasi kelemahannya dari tahun lalu.

"Dia memiliki ketahanan mental yang kuat dan juga pantas. Saya melihat mereka berdua berada pada tahap yang sama. Satu penarikan diri atau satu kesilapan boleh menentukan kejuaraan dunia.

"Saya nampak bahaya pada Oscar yang mungkin mengambil terlalu banyak risiko apabila dia nampak gelaran berada di hadapannya. Itu kadang-kadang boleh membawa padah," kata Schumacher kepada Bild.

Komen Schumacher bercanggah dengan pandangan juara F1 2016, Nico Rosberg, yang mendakwa Piastri tidak mempunyai 'kelemahan', sambil berasakan 'kejuaraan akan berada dalam fikiran Norris'.



Disiarkan pada: Ogos 18, 2025 @ 7:18pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/08/1253826/nasihat-legenda-kepada-piastri





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU6dssfrdbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 21338 Replies : 106
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 83640 Replies : 390
bhatt ji
KUKU6dssfrdbhatt ji
Views : 1212 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 1919 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 1920 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 3031 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 3537 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 07:38 AM GMT+8 , Processed in 1.273444 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list