CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 567|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kamera badan dibekalkan untuk anggota URB, MPV – Ayob Khan

[Copy link]
Post time 2-8-2025 10:32 PM | Show all posts |Read mode
URB PDRM. - Gambar hiasan.





Kamera badan dibekalkan untuk anggota URB, MPV – Ayob Khan

  • Oleh HARRITH HISHAM
  • 2 Ogos 2025, 3:51 pm




KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menguruskan pembekalan kamera badan terutama bagi Unit Rondaan Bermotosikal (URB) serta Unit Kereta Peronda (MPV).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ia kerana pemakaian kamera badan amat penting bagi kedua-dua unit tersebut.

“Kita sudah minta supaya semua anggota terutama dari URB serta MPV dibekalkan dengan alat itu (kamera badan).

“Jumlah keseluruhan yang kita sudah pakai di seluruh negara adalah 7,648 unit untuk fasa 1 dan akan peroleh lagi kira-kira 10,000 fasa 2 nanti,” katanya ketika ditemui selepas melawat anggota Balai Polis Pudu di Hospital Canselor Tunku Muhkriz di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden membabitkan Korperal Mohd. Nadzri Sudiman, 35 yang parah ditikam oleh seorang lelaki dalam kejadian di Pasar Pudu, kelmarin.

Menurut Ayob Khan, ketika kejadian, anggota terbabit tidak menggunakan kamera badan, namun dia sedang melakukan rondaan jenayah bersama rakan setugas.

Media semalam melaporkan suspek yang menikam anggota polis sehingga parah dalam kejadian terbabit dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dilaporkan berkata, pihak polis turut menemukan dadah jenis heroin pada suspek.

Menurutnya, suspek direman selama tujuh hari hingga Khamis depan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/08/02/kamera-badan-dibekalkan-untuk-anggota-urb-mpv-ayob-khan/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.667811 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list