CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 687|Reply: 0

[Terengganu] Kapten kapal layar karam ditemui selamat

[Copy link]
Post time 1-8-2025 01:33 AM | Show all posts |Read mode
Kapten kapal layar karam ditemui selamat

NORHASPIDA YATIM
01 Ogos 2025 12:00am





Ahmet Volkan Ata ditemui selamat oleh bot nelayan kira-kira tujuh batu nautika dari Pulau Yu pada Khamis.




KUALA TERENGGANU - Seorang lagi mangsa tragedi kapal layar karam di perairan Pulau Yu berhampiran Pulau Redang ditemui selamat selepas lebih 43 jam dilaporkan hilang.

Mangsa dikenali sebagai Ahmet Volkan Ata, 52, merupakan kapten kapal layar Daisy yang karam dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi pada Selasa lalu.


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa ditemui oleh sebuah bot nelayan kira-kira tujuh batu nautika dari Pulau Yu sebelum diserahkan kepada Pasukan Polis Marin (PPM) Kuala Terengganu jam 9.45 malam pada Khamis.

"Mangsa dibawa ke Jeti PPM sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan kini ditempatkan di Zon Kuning bagi rawatan lanjut.




Ahmet Volkan ketika dibawa dibawa ke Jeti PPM sebelum dihantar ke HSNZ.



"Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan luaran, namun pemeriksaan lanjut termasuk X-ray akan dilakukan bagi menilai keadaan dalaman kerana mangsa berada terlalu lama di dalam air," katanya.

Ahmet Volkan bertindak sebagai kapten bagi pelayaran mengelilingi benua dari Malaysia ke Turkiye bersama dua lagi rakannya.

Sebelum ini, seorang mangsa dikenali sebagai Ates Demiroren, 41, ditemui terapung oleh nelayan tempatan pada tengah hari Khamis dan kini masih dirawat di hospital sama.

Seorang lagi mangsa, Eser Demirkol, 52, masih belum ditemui dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) oleh pasukan penyelamat masih diteruskan.

Terdahulu, kapal layar Daisy memulakan pelayaran dari Pelabuhan Kuantan pada 28 Julai lalu sebagai sebahagian misi pelayaran merentas benua ke Istanbul, Turkiye dengan perhentian pertama dirancang di Pelabuhan Pattani, Thailand.

https://www.sinarharian.com.my/article/741332/berita/semasa/kapten-kapal-layar-karam-ditemui-selamat


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.195033 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list