CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 700|Reply: 1

[Kelantan] Ancaman dadah 'coklat', hantar guna kurier

[Copy link]
Post time 31-7-2025 11:42 PM | Show all posts |Read mode
Ancaman dadah 'coklat', hantar guna kurier

Nor Fazlina Abdul Rahim[email protected]




Kota Bharu: Guna perkhidmatan kurier bagi menghantar pelbagai jenis dadah 'coklat' bernilai lebih RM200,000 kepada pelanggan di seluruh negara.

Taktik itu bagaimanapun berjaya dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan dadah itu hasil serbuan di premis perkhidmatan kurier di Pengkalan Chepa di sini, pada 15 Julai lalu.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, berkata, hasil pemeriksaan disaksikan pekerja perkhidmatan kurier premis itu menemui 14 bungkusan kotak pelbagai saiz berisi dadah.

"Pemeriksaan lanjut menemui ketulan mampat ganja seberat 26.05 kilogram, bunga ganja, pil kuda dan ketamine dengan nilai keseluruhan RM201,781.

"Modus operandi digunakan sindiket adalah menggunakan perkhidmatan kurier untuk pengedaran dadah ke pasaran.

"Bekalan dadah ini untuk dihantar ke beberapa negeri iaitu Johor, Pahang, Perlis, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang," katanya tadi.



WAN Jamal Abdul Salam (kanan) menunjukkan rampasan ketulan mampat ganja seberat 26.05 kilogram, bunga ganja, pil kura dan ketamine dengan nilai keseluruhan RM201,781 pada sidang media di Ibu Pejabat Penguatkuasaan Kota Bharu, Wisma Kastam Padang Bongor. FOTO Nik Abdullah Nik Omar





Mengulas lanjut katanya, bekalan dadah berkenaan dibungkus menggunakan plastik coklat dan air minuman bagi mengaburi daripada dikesan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan pengirim bekalan dadah ini dan kita percaya sejumlah dadah ini dikirim oleh individu yang sama.

"Kami juga bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan kurier bagi mengekang kegiatan penyeludupan ini dari berleluasa.

"Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun dan dadah.

"Kami juga menasihati orang ramai tidak terbabit dengan kegiatan penyeludupan kerana ia bukan saja merugikan negara malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat," katanya.



Disiarkan pada: Julai 31, 2025 @ 1:28pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1246907/ancaman-dadah-coklat-hantar-guna-kurier





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2025 11:43 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.257145 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list