CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 785|Reply: 4

[Pahang] ASP, Inspektor dan bekas Sarjan Mejar direman kes rasuah RM110,000

[Copy link]
Post time 29-7-2025 11:43 PM | Show all posts |Read mode
ASP, Inspektor dan bekas Sarjan Mejar direman kes rasuah RM110,000

Fazli Ahmad[email protected]




Temerloh: Dua pegawai polis termasuk seorang ketua bahagian, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Pahang dan seorang pesara polis direman tujuh hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah RM110,000.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Tan Chiew King, selepas meneliti permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Temerloh, kira-kira jam 10 pagi.

Sumber maklumkan, suspek disyaki meminta dan menerima suapan sebagai balasan tidak mengganggu dan melindungi kegiatan pengedaran dadah dan air ketum di daerah terbabit.

Menurutnya, pegawai polis ditahan terbabit masing-masing berpangkat Asisten Superintendan Polis (ASP) dan Inspektor serta pesara berpangkat Sarjan Mejar, semua berusia antara 30 dan 50 tahun.

Katanya, suspek ditahan ketika ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Temerloh, kira-kira jam 8.30 malam semalam.



DUA pegawai polis dan seorang pesara direman di Mahkamah Majistret Temerloh kerana disyaki menerima rasuah. FOTO Ihsan SPRM





"Berdasarkan siasatan awal mereka disyaki menerima rasuah pada 2022 dan 2024.

"Salah seorang pegawai polis terbabit dipercayai menerima suapan secara bulanan antara RM4,000 dan RM5,000.

"Wang itu diterima melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank suspek sebelum diagihkan kepada pegawai polis lain," katanya.

Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud mengesahkan penahanan itu dan katanya kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, seorang lagi anggota polis turut dipanggil memberi keterangan tetapi dibebaskan dengan jaminan SPRM.



Disiarkan pada: Julai 29, 2025 @ 1:06pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1246107/asp-inspektor-dan-bekas-sarjan-mejar-direman-kes-rasuah-rm110000





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2025 11:44 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2025 12:00 AM | Show all posts
Ribut.....ribut taufan......
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2025 12:00 AM | Show all posts
Ribut.....ribut taufan......
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2025 12:00 AM | Show all posts
Edited by silance at 30-7-2025 12:02 AM

Deleted - double post.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.044319 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list