CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 735|Reply: 0

[Kelantan] 25 PATI ditahan di tanah tinggi Lojing

[Copy link]
Post time 29-7-2025 11:40 PM | Show all posts |Read mode
25 PATI ditahan di tanah tinggi Lojing

Nor Fazlina Abdul Rahim[email protected]





JIM Kelantan menahan 25 PATI menerusi Ops Sapu di kawasan tanah tinggi Lojing, di sini. FOTO Ihsan JIM Kelantan




Gua Musang: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 25 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Ops Sapu selama dua hari sehingga semalam, di kawasan tanah tinggi Lojing, di sini.

Operasi 5 petang itu dijayakan dengan kekuatan 28 pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasaan, JIM Kelantan.

Pengarahnya, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata, menerusi Ops berkenaan, pihaknya memeriksa seramai 36 warga asing.

"Daripada jumlah itu, 25 PATI berjaya ditahan yang membabitkan 14 lelaki dan enam wanita warga Myanmar,empat lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki warga Nepal.

"Kesemua mereka yang ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut kerana disyaki dengan munasabah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, JIM Kelantan menggesa supaya orang ramai tampil menyalurkan maklumat tentang PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

Katanya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudahcara dan bersubahat dalam melindungi PATI.



Disiarkan pada: Julai 29, 2025 @ 9:10am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1246000/25-pati-ditahan-di-tanah-tinggi-lojing




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.075580 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list