CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 739|Reply: 0

[Kelantan] 'Bila terbayang saat itu, mak cik jadi takut, rasa macam gajah itu ada berhampiran' - Mangsa serangan gajah

[Copy link]
Post time 29-7-2025 11:37 PM | Show all posts |Read mode
'Bila terbayang saat itu, mak cik jadi takut, rasa macam gajah itu ada berhampiran' - Mangsa serangan gajah

Hazira Ahmad Zaidi[email protected]





MUHAMMAT Nuqman Hanafi menjaga neneknya, Mek Nab ketika ditemui di Kampung Laloh. FOTO Hazira Ahmad Zaidi




Kuala Krai: Peristiwa hitam diserang gajah liar sehingga hampir meragut nyawa tidak mematahkan semangat Zainab Mat Husin, 62, untuk bangkit meneruskan kehidupan, meskipun tubuhnya masih berasa sakit selain parut luka akibat insiden berkenaan.

Zainab berkata, semangat dan sokongan yang diberikan oleh anak-anak, saudara-mara serta rakan sekampung menjadi sumber kekuatannya untuk terus bertahan dan pulih selepas tragedi ngeri itu.

"Akibat insiden itu, mak cik sudah menjalani beberapa pembedahan termasuk membuang daging buruk di bahagian paha kanannya untuk mengelak jangkitan kuman," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Laloh, di sini, hari ini.

Katanya, sepanjang lebih dua bulan dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, apa yang lebih memilukan ialah pengorbanan anak sulungnya, Nazri Mat Husin, 46, yang sanggup berhenti kerja sebagai pemandu bas di Kuala Lumpur demi menjaga dan memastikan dia mendapat penjagaan rapi.

"Nazri sanggup berhenti kerja dan balik ke kampung semata-mata mahu menjaga mak cik di hospital. Hati mak cik sebak, tetapi dalam masa yang sama bersyukur kerana ada anak sebaik dia yang sanggup berkorban apa sahaja.

"Kini penjagaan harian diambil alih oleh cucu, Muhammat Nuqman Hanafi Nazri, 17, selepas ayahnya (Nazri) mendapat pekerjaan baru dan mak cik yang minta dia pergi kerja semula kerana ada keluarga yang perlu ditanggung," katanya.

Zainab berkata, keadaan kesihatannya semakin beransur pulih walaupun masih perlu bergantung kepada tongkat untuk berjalan berikutan kesakitan berterusan yang dialami di bahagian pinggang kesan ditusuk gading gajah selain kedua-dua belah kakinya masih sembab.

"Mak cik bersyukur kerana masih diberi peluang kedua untuk hidup meskipun masih trauma sehingga ke hari ini akibat serangan gajah itu terutamanya ketika melakukan kerja di dapur atau ke tandas kerana kejadian itu berlaku tidak jauh dari rumah.

"Kadang-kadang apabila terbayang saat itu, mak cik jadi takut, rasa macam gajah itu masih ada berhampiran," katanya.

Katanya, selepas hilang punca pendapatan disebabkan tidak lagi mampu menoreh getah akibat kecederaan yang dialami, dia bersyukur apabila menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM600 sebulan yang boleh digunakan untuk membeli keperluan selain meringankan beban ditanggung.

"Walaupun mempunyai anak, mak cik tidak mahu menyusahkan mereka kerana bukan dalam kalangan orang senang selain masing-masing mempunyai keluarga yang perlu ditanggung, jadi mak cik mengambil keputusan untuk menoreh getah dan menjual kuih untuk menyara diri," katanya.

Pada 20 Mac lalu, wanita itu parah di kedua-dua belah tangan, yang mana pergelangan tangan kanannya hampir putus dan paha kanannya terkoyak diserang gajah liar ketika menoreh getah di belakang rumahnya di Kampung Laloh.

Dalam masa sama, seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) turut mengalami kecederaan pada lutut kanan akibat di tusuk gading gajah liar di lokasi berasingan di kawasan penempatan Laloh, Kuala Krai.



Disiarkan pada: Julai 29, 2025 @ 1:16pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1246111/bila-terbayang-saat-itu-mak-cik-jadi-takut-rasa-macam-gajah-itu-ada




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.207983 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list