CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 754|Reply: 0

[Kelantan] Suspek tembak wanita hamil bersembunyi di Thailand, polis tidak pernah tutup kes

[Copy link]
Post time 25-7-2025 01:25 AM | Show all posts |Read mode
Suspek tembak wanita hamil bersembunyi di Thailand, polis tidak pernah tutup kes

Nor Fazlina Abdul Rahim[email protected]





SUSPEK (dua kanan) bersama rakan ditahan sepasukan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Bukit Lata bagi membantu siasatan kes wanita hamil tujuh bulan ditembak di perut tiga tahun lalu. FOTO Ihsan PGA & Arkib NSTP




Kota Bharu: Polis tidak menolak kemungkinan lelaki yang diburu sejak tiga tahun lalu berhubung kes wanita hamil ditemui maut dengan kesan tembakan di perut dipercayai melarikan diri ke Thailand selama ini sebelum ditahan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, berkata pihaknya tidak pernah menutup siasatan kes berkenaan.

"Usaha bagi mengesan lelaki berkenaan tetap dijalankan sepanjang tiga tahun dan lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai lari ke Thailand selama ini sehingga gagal dikesan.

"Kita juga tidak pernah menutup kes ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, seorang lelaki yang diburu polis sejak tiga tahun lalu bagi membantu siasatan berhubung kes wanita hamil tujuh bulan ditemui mati dengan kesan tembakan pada perut di Kampung Repek, di sini, pada Jun 2022, akhirnya ditahan polis.

Suspek berusia 24 tahun itu ditahan sepasukan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Bukit Lata, jam 7 malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita hamil tujuh bulan ditemukan mati dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta di tepi jalan di Kampung Repek.

Mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, yang juga seorang peniaga ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu kereta Nissan Cefiro miliknya dan mempunyai kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri.



Disiarkan pada: Julai 24, 2025 @ 9:18pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1244499/suspek-tembak-wanita-hamil-bersembunyi-di-thailand-polis-tidak-pernah-tutup




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.199033 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list