CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 812|Reply: 0

[Terengganu] Lelaki transgender didenda kerana galakkan perlakuan maksiat

[Copy link]
Post time 23-7-2025 02:16 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki transgender didenda kerana galakkan perlakuan maksiat

Nazdy Harun[email protected]





LELAKI berperwatakan wanita berusia 20 tahun didenda RM4,900 kerana menggalakkan perlakuan maksiat. FOTO Ghazali Kori.




Kuala Terengganu: Lelaki berperwatakan wanita didenda RM4,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini kerana menggalakkan perlakuan maksiat menerusi aplikasi di media sosial, tahun lalu.

Hukuman diputuskan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, Kamalruazmi Ismail selepas tertuduh, Mohamad Haikal Izzuwan Adun, 20, yang berasal dari Kelantan mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara enam bulan jika tertuduh gagal membayar denda.

Dalam penghakimannya, Kamalruazmi menegaskan kesalahan tertuduh memberi kesan besar kepada masyarakat dan memalukan negeri asalnya, apatah lagi ia kini tular dan dikaitkan dengan serbuan ke atas 'pesta LGBT'.

"Kita dijadikan sebagai lelaki, perlu reda dan kita ada kematian, ada syurga dan neraka.

"Mahkamah beri pengajaran agar tidak mengulangi perbuatan yang memberi persepsi tidak baik kepada negeri Kelantan," katanya.

Mohamad Haikal dituduh mendorong dan menggalakkan perlakuan maksiat melalui aplikasi di media sosial pada 10 malam, 1 Oktober 2024 di sebuah inap desa di Kemaman. Pihak berkuasa turut menemui 13 barang kes.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 42 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 yang sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, mahkamah dimaklumkan tertuduh diberkas penguat kuasa agama pada 20 Julai lalu kerana gagal hadir ke mahkamah dan dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah, di sini pada 21 Julai sebelum dibebaskan dengan jaminan RM2,000 dan seorang penjamin.

Tertuduh juga sudah didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kemaman mengikut Seksyen 33 kerana berlagak seperti perempuan dan dihukum pada 22 Julai lalu dengan denda RM2,500 atau empat bulan penjara.



Disiarkan pada: Julai 23, 2025 @ 1:34pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1243852/lelaki-transgender-didenda-kerana-galakkan-perlakuan-maksiat




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.054743 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list