CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3265|Reply: 28

Buang sampah sesuka hati bakal dihukum cuci tandas, sapu jalan - Nga Kor Ming

[Copy link]
Post time 22-7-2025 09:17 AM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Kerajaan menyasarkan kehadiran 35 juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) dengan potensi menjana pendapatan sebanyak RM147 bilion kepada negara.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, bagi memastikan sasaran itu tercapai, pelbagai pendekatan agresif diperkenalkan termasuk membentangkan undang-undang baharu berkaitan kebersihan awam dalam masa terdekat.


"Undang-undang terbabit bakal memberi kuasa kepada pihak berkuasa bukan sekadar mengeluarkan kompaun tetapi turut mengenakan hukuman khidmat masyarakat kepada individu yang didapati membuang sampah sesuka hati.


"Mereka yang melanggar peraturan boleh dikenakan tindakan seperti memakai pakaian seragam hijau dan diarahkan mencuci tandas, menyapu jalan serta membersihkan permaidani awam selama 12 jam," katanya pada sidang media khas sempena pelancaran Minggu Seni Bina Kuala Lumpur (KLAW) di Pasar Seni, di sini, hari ini.


Katanya, hukuman lebih berat termasuk penjara boleh dikenakan oleh Mahkamah Majistret bergantung kepada kesalahan dan bidang kuasa yang ditetapkan.


"Kebersihan bukan sekadar isu tempatan tetapi menjadi elemen utama dalam mencorakkan persepsi pelancong terhadap negara ini.


"Bila pelancong datang, mereka tak hanya tengok bangunan cantik. Mereka lihat Malaysia bersih atau kotor. Imej negara bergantung pada itu," katanya.


Nga menegaskan bahawa undang-undang sedemikian sudah berjaya dilaksanakan di beberapa negara maju termasuk Sweden, Jepun dan Singapura.


Katanya, sudah tiba masa untuk Malaysia mengambil pendekatan tegas yang sama demi menjamin kelangsungan ekonomi negara melalui sektor pelancongan.


"Kita tidak boleh lagi bekerja secara sambil lewa. Semua pihak termasuk rakyat, agensi kerajaan dan wakil rakyat perlu berganding bahu untuk jaga imej negara," katanya.


Justeru, beliau menyeru semua Ahli Parlimen menyokong rang undang-undang itu apabila dibentangkan, agar ia dapat dikuatkuasakan sebelum hujung tahun ini.


Nga juga mengingatkan bahawa kebersihan adalah sebahagian daripada iman dan menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memastikan persekitaran sentiasa terpelihara.


"Kalau kita benar-benar mahu capai 35 juta pelancong, kita kena bermula dengan apa yang pelancong nampak dulu iaitu kebersihan," katanya.




Sumber: BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2025 09:39 AM | Show all posts
haha... tak taulah mcm mana respon orang ramai

kira baguslah juga, lebih-lebih ramai yang bawa kamera phone senang ambik video jadi bukti.. klu orang ada status sangupkah nak laksanakan.. tp barangkali peringkat awal biasanya adalah berbentuk amarann, bila tak jadi juga maka baru dilaksanan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2025 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 peraturan ni bkn hnya utk rakyat Malaysia shja. Laksanakan jugak kpd warga asing.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2025 01:45 PM | Show all posts
Lebih bagus dihukum bayar denda di tempat kejadian.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2025 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Denda juga kat warga asing yg suka ludah siri merata2
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2025 02:28 PM | Show all posts
Bila Singapore buat undang2 denda tak flush toilet satu dunia gelak kan. Sekarang lihat di mana mereka.

Aku sokong ja hukuman berat kepada golongan pengotor dan pemalas ni. I can't live with them.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2025 03:06 PM | Show all posts
Yang buang sampah tepi jalan tatkala musim perayaan ambil kira tak..?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2025 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab ni aku sokong...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2025 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini law untuk Malaysia worang saja..kita asing worang pelarian unhcr mana ada kina..worang rumah kita pon vole bila ayam..tada kina(denda/hukum) pung....-Rohingya
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2025 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 22-7-2025 01:45 PM
Lebih bagus dihukum bayar denda di tempat kejadian.

apa takut...wa boleh bayar maaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2025 04:51 PM | Show all posts
Yg pecah kelapa masa perayaan macam mana kira pulak tu Ngai eh Nga?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2025 07:25 AM | Show all posts
sokong, lagi satu semalam aku tertengok video pasal pelancong thailand yg kena ketuk sampai RM800 dgn cameraman yg buat servis ambik gambar depan KLCC ( mula kata RM20 jer tapi hujung2 mintak RM800 ).Tolong siasat jugak benda ni. ada yg cakap diaorang tu dari sabah, ada yg cakap pendatang asing yg menyamar jadi warga negara. apapon tolong la pihak yg berwajib siasat. jgn sampai pelancong serik datang Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2025 08:33 AM | Show all posts
balakkampung replied at 23-7-2025 07:25 AM
sokong, lagi satu semalam aku tertengok video pasal pelancong thailand yg kena ketuk sampai RM800 dg ...

43 gambar x RM20 = RM860


ajer gilerrr kome


Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2025 09:38 AM | Show all posts
balakkampung replied at 23-7-2025 07:25 AM
sokong, lagi satu semalam aku tertengok video pasal pelancong thailand yg kena ketuk sampai RM800 dg ...

ambik gambar pun sampai 800.. gilaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2025 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Walau aku benci yb rasis ni, tapi untuk cadangan ni aku sokong 200%.. teruskan dengan tegas, jangan denda duit
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2025 07:10 AM | Show all posts

itu la pasei nyer. orang tu nak bergambor sekeping jer, ape kejadah nyer sampai 43 keping berpossing depan KLCC..hahaha..aje scammer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2025 07:11 AM | Show all posts
plywood replied at 23-7-2025 01:38 AM
ambik gambar pun sampai 800.. gilaa

kan..ambik gambar kat studio pon tak semahal tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2025 10:56 PM | Show all posts
fgjh
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2025 10:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2025 10:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 01:08 AM GMT+8 , Processed in 1.156051 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list