CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 808|Reply: 0

[Terengganu] APMM tahan tujuh bot pelancong atas pelbagai kesalahan

[Copy link]
Post time 21-7-2025 05:03 PM | Show all posts |Read mode
APMM tahan tujuh bot pelancong atas pelbagai kesalahan

Nazdy Harun[email protected]





Antara bot pelancong yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam Operasi Khas di perairan Pulau Redang. Foto ihsan APMM




Kuala Terengganu: Tujuh daripada 26 bot penumpang yang diperiksa dalam operasi khas di perairan Pulau Redang, di sini, didapati melakukan pelbagai kesalahan, semalam.

Malah, terdapat bot membawa sehingga 42 penumpang dalam satu perjalanan, sekali gus mempertaruhkan nyawa orang awam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, antara kesalahan lain termasuk tiada senarai nama penumpang, nama nakhoda tidak seperti dalam lesen dan lesen operasi tamat tempoh.

Katanya, kesemua kru dan nahkoda membabitkan seramai 14 orang kini disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

"Kita dapati sejak kebelakangan ini situasi amat membimbangkan kerana operator dilihat lalai kerana berulang kali melakukan kesalahan walaupun pelbagai amaran sudah dikeluarkan.

"Sekarang bukan masa untuk beri amaran dan sudah tiba masa untuk kita bertindak tegas. Kesalahan ini bukan kecil kerana kecuaian boleh meragut nyawa," katanya.

Beliau berkata, APMM tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang tidak mengutamakan keselamatan, sama ada tidak menyediakan jaket keselamatan atau membawa penumpang melebihi kapasiti muatan.

Menurutnya, orang ramai juga diseru lebih peka dan tidak berdiam diri, sebaliknya melaporkan sebarang kegiatan berisiko tinggi kepada pihak berkuasa.

"Keselamatan di laut bukan tugas APMM semata-mata, tetapi tanggungjawab bersama. Jangan tunggu tragedi berlaku baru hendak bertindak," katanya.



Disiarkan pada: Julai 21, 2025 @ 4:50pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1243184/apmm-tahan-tujuh-bot-pelancong-atas-pelbagai-kesalahan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.066890 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list