PROLOG
MALAM yang sepi itu seakan membiarkan AyaanHirsi lari lepas dari segala permasalahannya.Langit yang gelap agak membataskanpemandangannya.Dan ternyata,bintang-bintang pun tidak tega menjadi saksi ataskesengsaraan seorang Hawa bergelar Ayaan Hirsi itu.Ayaan terpaksa mengensotperlahan-lahan.Kedua-dua telapak tangannya sudah luka teruk.Pada tangan-tanganitulah dia sandarkan harapan untuk lari jauh dari neraka itu.Dia sudah lelahmenjadi mangsa keadaan.Dan kerana cintanya pada Moois Mundzar,lelaki pertamayang mengetuk pintu hatinya itulah ,dia masih menggagahkan diri membakar lilinkehidupan meskipun dia sedar kebarangkalian yang mendatang.Dan seringkali jugahatinya membentak,agar dia diceraikan.Tegakah dia?
Seingatnya,semenjak dia dansuaminya,Moois Mundzar menjejakkan kaki mereka ke villa milik Toh Puan SriCarmiesha,ibu mentuanya itu tidak jemu-jemu menghujaninya dengan cercaan danpenghinaan yang begitu pedih untuk dicerna.Pada pandangan ibu mentuanyaitu,segala tingkah laku Ayaan Hirsi begitu jelik dan ada saja kurangnya.
Bapa mentuanya,Tan Sri Chalidz pulatidak pernah melepaskan sebarang peluang untuk dia mengapi-apikan lagiisterinya itu.Bagi Ayaan,jika Tan Sri Chalidz tidak memulakan sesuatu ulah ataupertelingkahan,dia tidak seharusnya bergembira kerana ibu mentuanya ,Toh PuanSeri Carmiesha itu lebih banyak akalnya dan lebih azab seksanya berada di bawahkekuasaan wanita diktator itu.Neraka yang dicipta ibu mentuanya sudah cukupmenyengat sendi-sendi tubuh Ayaan.Cercaan dan penghinaan yang datang silihberganti sudah menjadi satu rentak dan irama yang berpadu dalam kamus hidupseorang menantu bernama Ayaan Hirsi itu.
“Ah,kemanakah arah yang sepatutnya akutujui?,”Ayaan Hirsi yang kewalahan dan kesakitan itu terhenti seketika.Masayang berlalu turut terasanya terhenti.Dia memegang perutnya itu.Kandungannyayang sudah mencecah delapan bulan dan sarat itu membataskan dia bergerak denganlebih pantas.Dia memandang sekeliling.Tiada tanda-tanda ada orang
lalu lalang di kawasan itu.Tidaksemena-mena,kenangannya pada Moois Mundzar,suaminya yang tercinta melayangjauh.Sesekali,dia menyeka untaian air mata hangat yang membasahi pipinya.
2 tahun sebelumnya….
Pada hari itu merupakan hari ulangtahunperkahwinan Ayaan Hirsi dan Moois Mundzar yang kedua.Ayaan yang begitu gembiratelah bangun lebih awal berbanding hari-hari biasa.Toh Puan Sri Carmiesha yangbegitu membenci ikatan cinta suci antara Ayaan Hirsi dan anaknya,Moois Mundzartelah merancang pelbagai kejutan buat kedua-dua pasangan itu nanti.Selakuseorang pelakon kelas pertama,Toh Puan Sri Carmiesha memulakan pagi hari itudengan senyuman dan perbualan yang dibuat-buat.Hanya Ayaan yang menyedarisandiwara Toh Puan Sri Carmiesha itu.
Ayaan yang sedang menyapu jem blueberipada roti berasa kurang senang dengan pandangan tajam ibu mentuanya itu.Diabegitu sakit hati melihat perlakuan ibu mentuanya itu.
-Ah,jangan harap kauakan memiliki harta-harta Moois,Ayaan! kata hatinya.Dia menjegilkan kedua-duabola matanya.Ayaan yang sedari tadi diam menjadi semakin pendiam.Sepatahditanya,sepatah juga yang dijawabnya.
-Aku juga takkanmembenarkan kau melukakan Moois!Jaga-jaga Puan Sri….dia menundukkan sedikitpandangannya.Dia sudah nekad.Dia akan bertindak .
Tiba-tiba,Tan Sri Chalidz yang sedaritadi sedang asyik menonton drama swasta duduk di sebelahnya.Ayaan sedikitkaget.Hampir terlepas roti yang dipegangnya.Dia memang tidak gemar akan bapamentuanya yang mata keranjang itu.Meluat.Menyampah.Melampau.Itulah sahajakata-kata yang dapat Ayaan nyatakan mengenai bapa mentuanya itu.
Lelaki yang berusia lewat 60-an itumenuangkan kopi panas ke dalam cawannya.Dituangnya kopi itu perlahan-lahan.Diambilnyasudu dan dikacaunya.Lelaki berumur itu berhati-hati memulakan bicaranya.
“Ayaan,sanggupkahkamu membiarkan kami ternanti-nanti akan kehadiran orang baru dalam rumahini?”soal bapa mentuanya.Cermin mata yang berada di hidungnya diangkatnya keatas.Mukanya didongakkan kearah Ayaan.Dia mengharapkan jawapan.
“Orang baru?Apa maksudayah?Ayaan tak faham…”suara Ayaan agak mendatar menandakan kekesalannya.
“Yalah……takkan kautak faham kot?Maksud bapak kau tu…..cucu !”sampuk ibu mentuanya.Dia tersenyumsinis.
“Entahlah….mama…papa…”balasAyaan .Ada genangan air mata di bawah kelopak matanya yang mulai merah itu.Diatahu dia tidak dapat memberikan zuriat.Suatu asset yang berharga buatMoois,suaminya itu.
“Kami ni….bukannyaapa…Ayaan.Kami takut kau tu mandul!”balas ibu mentuanya itu.Sekuntum senyumanmengejek dilemparkan kepadanya.
Hampir tersedak Ayaan dengan kata-katayang meluncur laju dari mulut ibu mentuanya itu.Namun,dia cubamenyembunyikannya.
“Ya,benar kata ibumuitu!Kami takut kau tu…..mandul!”sampuk Tan Sri Chalidz pula. |