
MOSCOW: Satu serangan dron Ukraine membunuh tiga orang, termasuk seorang askar Pengawal Kebangsaan, di bandar Kursk, Rusia, berhampiran sempadan Ukraine, kata pemangku gabenor wilayah itu.
“Kami sangat sedih, akibat serangan di pantai perbandaran, tiga orang maut di tempat kejadian,” tulis Alexander Khinshtein di Telegram lewat kelmarin, sambil menambah tujuh lagi tercedera, termasuk seorang budak lelaki.
Khinshtein menuduh tentera Ukraine melakukan “serangan tidak berperikemanusiaan” pada malam kelmarin di mana “musuh dengan sengaja menyerang tempat di mana orang awam berada”.
Khinshtein berkata pada awal semalam dalam satu hantaran berasingan bahawa askar Pengawal Kebangsaan “tidak terselamat” selepas letupan kedua berlaku ketika dia memindahkan orang ramai dari kawasan itu berikutan laporan serangan dron itu.
Di kalangan tujuh yang cedera, lima orang, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, berada dalam keadaan serius, kata pemangku gabenor.
|