CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8598|Reply: 10

Jom share pengalaman deal dengan mak ayah warga emas.. How do you guys cope with it? Please share tips dan pengalaman

[Copy link]
Post time 26-6-2025 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum..
Fuhh dah bertahun2 kot tak pernah bukak new thread, hanya menjadi silent reader kat gossips board sana hehe..

I try cari thread yg seangkatan dengan topik di atas ni tapi tak jumpa. Mintak maaf sangat2 mod, jika dah pernah ada threadh ni, tolong merge la ye jika ada..

i punya mak ayah yg amat di sayangi, berumur 70-80an kedua nya.. anak ke 2 dari 3 adik beradik. Semua adik beradik ni Allah belum rezekikan utk bertemu jodoh, jadi kami memang menghabiskan masa menjaga mak ayah dan juga bekerja. Alhamdulillah Allah beri rezeki kerja dan gaji yang baik setakat ini..

Masa berganti masa, mak ayah makin berumur dan kurang sihat. Keduanya boleh urus diri sendiri tapi selalu jatuh, demam dan sebagainya. Jadi anak2 ambil giliran setiap bulan stay di rumah mak ayah (ulang alik kerja dari rumah mak ayah). Takde masalah walaupun jarak kerja jadi dua kali ganda, kena keluar awal pagi dan sampai lewat mlm. takde masalah itu.

Dulu, bila dengar kawan2 yg jaga mak ayah mengeluh yg diorang tak tahan perangai mak ayah, i diam je and promise to myself yang i takkan jadi mcm tu. Dulu, bila dengar kwn cakap kat phone bila mak nya call byk kali tanya soalan yg sama, i diam je and promise i takkan jawab dgn nada keras atau feddup jika itu happens to me. Dulu bila nampak baca kat mana2 yang anak2 mengeluh mak ayah degil taknak dengar cakap, i akan take note and promise to myself yg i akan handle it better, takkan sesekali give up or cakap kasar. Dulu bila i tengok iklan yg ayah nya dok tanya anak nya banyak kali " tu burung apa nak", you all ingat kan iklan tu? i akan remind myself bila sampai masa i di uji, i takkan hilang sabar..

i always promise to myself i akan handle better and takkan ever berkecil hati dgn org tua i no matter how teruk they will behave. Semua ni i cakap dalam hati je, but i now realize yg selama ni i cakap besar rupanya tanpa i sedar. Now Allah uji i....  

kedua mak ayah i, makin lama makin degil perangai nya. And i tau mereka tak sedar. My ayah masih nak in charge semua benda, masih nak ambil tahu semua benda hatta beli sabun pun dia nak in charge. Takde masalah, tapi dia akan ulang2 benda yg sama selagi tak buat or beli, selagi tu dia akan ulang2. kadang2 anak ni baru balik kerja, penat, mood out.. balik2 hadap dgn benda yg pada i remeh, pada dia penting settle time2 tu jugak. Bila tulis gini, nampak eh mcm takde issue pun kan? tapi pada yg alaminya, mungkin akan faham..
kadang2 ada benda yg we all kena sembunyi from him sebab level risau dia sgt melebih2 dan at the endup lagi menyerabutkan kami. Contoh, i hilang kerja tahun lepas which is no problem for me sbb i ada simpanan utk cover sementara dpt kerja. Tapi we all kena hide from him sebab dia akan risau over2, tak tidur, then mula suruh stop bagi allowance pada dia, and akan repeat the same setiap masa. So utk elak itu semua, kami adik beradik ambil keputusan utk hide from them. Alhamdulillah 3 bulan lepas tu i dapat kerja lain. Itu kira dosa ke sbb tak bgtau mereka hal sebenar?

Ayah i ada sakit 3 serangkai. tapi taknak makan ubat doktor. Asyik lah suruh beli ubat yang jual kat youtube sana. Dah bagitau tak elok nanti ganggu buah pinggang, etc. taknak dengar, dia kata dia lagi tahu. Sampai bermasam muka lah jugak, sebab dia nak jugak ubat tu and cakap dah penat makan ubat doktor ni, baik nya tak jugak. Nak baik apa nya kalau ada kencing manis semua, makan ubat tu utk control supaya tak jadi lagi teruk. Ni dia tengok kat youtube tu org2 tua lepas makan ubat konon jalan semua dah tegak tak sakit. So dia percaya dan nak makan jugak. end up nya we all sign up youtube premium, so takde dah iklan merapu ni. Tapi bila kawan2 datang rumah melawat, sempat pulak diorang share "ubat2" yang diorang beli kat internet tu. Dah ayah paksa kami beli. Pernah satu time i terpaksa tipu, i create WA conversation tipu, tunjuk konon2 nya i dah WA seller tu, dan dah bayar (attached kan receipt tipu), seller kata ok nanti pos, tup2 seller block. i tunjuk la WA tu ke ayah i, i cakap tu la kita dok percaya semua ni, tak pasal terbang rm150. ayah i rasa ralat la sikit, so diam la dia tak sibuk beli2 ni lagi.. sekejap je, bulan depan dia suh pulak beli kat seller lain... hmmmmmmm
i sampai pesan la dengan anak kawan2 ayah i yang datang tu, tolong pesan jangan share apa2 ubat pada ayah i. anak2 ni faham diorang pun sama nasib dengan i..

mak i pulak, degil nya boleh tahan. Bayangkan dia boleh panjat pokok utk kait buah.. dan dia akan buat bila anak2 takde kat rumah. Aduh saleha betul la... bising lah kami ni bila tahu. dia boleh senyum je and cakap mak boleh buat. Masalahnya kalau jatuh ke siapa yang tau. kalau patah riuk ke siapa yang susah? bila di tegur banyak kali dia masih buat. jadi lepas tu kami ambil keputusan utk tebang je pokok tu. Mak jadi sentap dan sebulan taknak bercakap dgn anak2. ya, mungkin tindakan kami tu akan agresif, tapi kami risau sgt kalau apa2 jadi, lagi teruk...

banyak sangat episod kedegilan yang jadi sepanjang beberapa tahun ni semenjak mereka sudah makin berusia.
Kemuncak nya apabila kami terpaksa hire "care taker" untuk berada di rumah waktu siang hari bila anak2 keluar bekerja. Ini sebab ayah i dah selalu jatuh bila jalan sendiri, dan selalu tak sempat sampai ke toilet utk buang air besar (so akan terlepas sepanjang on the way ke toilet). jadi kami perlu orang utk tolong pantau. i dah bagitau ayah i dulu, i boleh berhenti kerja and kat rumah jaga diorang, tapi mak ayah mati2 tak kasi, suruh kerja elok2. So nak kerja elok2 dan taknak terbeban dengan rasa risau setiap masa, kami hire lah care take ini. Baik orang nya.

So depan care taker ni mak ayah layan dia baik (kami ada letak hidden cam jugak untuk pantau), tapi bila caretaker balik, macam2 cerita tak best mak ayah ni cakap. Diorang create macam2 story memburukkan care taker ni, supaya kami anak2 ni akan terminate. Benda ni berlarutan sampai cate taker ke 4 dah. Masih cerita yg sama. Ya, anak2 sangat penat melayan hal ni, dgn nak focus kerja lagi. I sampai fikir so selfish my mom and dad ni, tak fikir ke anak2 drive jauh penat gi balik kerja, nak focus hal kerja, and diorang create benda2 mcm ni. Matlamat nya cuma satu je, diorang memang taknak ada org luar dlm rumah. Tapi, kami anak2 ni perlu bantuan luar jugak supaya kami boleh handle semua benda dgn baik. mak ayah tak faham.

Sekarang ni, kami terminate dah care taker tersebut. tapi masalah nya, i ni.. i jadi bengang, sedih, frustratrated teramat dgn mak ayah. I sampai tak boleh bercakap dengan diorang. I nangis all the time sebab i tak boleh pretend i okay dgn apa yg diorang dah buat ni. I rasa macam nak lepaskan semua ni kat muka diorang and baru rasa puas. But i cannot do that, dengan umur mcm tu diorang dah tak boleh faham and diorang akan twist keadaan seolah diorang now mangsa.

I sampai cari psikatari utk i luah and cari solution how to handle my feelings (tapi belum jumpa lagi). It is not about them dah, diorang dah berada di fasa lain yg dah tak peduli perasaan anak2.. tapi i nak cari jalan mcm mana utk i let go semua ni, untuk i lebih tabah dan sabar utk melayan kerenah mereka. I taknak nanti satu hari nanti kalau dah takde kesempatan ni, baru i nak menyesal kenapa i tak buat better.

Susah la nak explain, tapi benda ni dah makan diri i almost 2 bulan. masih tak ok2..

ada tak siapa2 sini yg mungkin boleh bagi tips.. atau mungkin boleh cerita kisah masing2, so i dont feel so bad sebab tau ramai jugak yg sama2 berjuang jaga mak ayah yg berkerenah.

kdg2 betul pepatah yg kata ibu seorang boleh jaga anak 10org, tapi anak 10 org belum tentu boleh jaga ibu seorang.
sangat betul sbb time ibu tu jaga anak2, di marahnya anak2, ibu tak dosa. anak2 kena ikut cakap ibu.
tapi bila diterbalikkan keadaan, 10 anak ini kalau marah ibu, dosa la anak2. perangai si ibu pun bukan boleh nak dengar cakap macam budak2 kecik, dia rasa dia betul sbb dia yg tua.. eh susah la

harap ada yg sudi berkongsi kisah.

yang nak judge tanpa anda melalui fasa ini, i mintak tolong la jgn komen ye. sebab takkan membantu. terima kasih



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2025 01:21 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Wokeh... Tak nak komenglah...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2025 10:39 AM | Show all posts
iols tumpang simpati... iols dan adik beradik pun tgh hadapi bende ni .. cuma masing2 je tau kasut masing2.. iols doakan moga uols dan adik beradik terus kuat..

iols pun nak juge tau how uols manage emotions uols bila hadap perkara mcm ni.. even my sister pun pernah jaga mertua.. tapi x la se stress jaga mak sendiri ni.. bezanya.. sister iols luah kat kami 3 beradik perempuan je.. yg abang2 yang lebih tua dari kami mcm cuci tangan.. maybe sbb umur mereka pun dah lebih 50 an.. nak plak masing2 dah xde bini.. nak cari kata sepakat pun dah susah... mak iols suka overthingking.. mula create cerita pelik2 pasal abang sekeluarga yang duduk serumah.. sampai abg iols yg atas iols ni dah mula pujuk iols pindah semula dekat dgn mak sbb suami iols baru meninggal dan iols plak yg paling jauh dari yg lain2. kakak2 x la paksa.. tgh dok fikir ni.. benang uols ni buat iols mula cari info pasal cara mengurus emosi org2 lanjut usia..

iols hanya mampu share article ni...

rasanya from negara jiran..



Jadi, apa yang bisa dilakukan untuk menghadapi perilaku orang tua yang lebih keras kepala ?

Para profesional dalam perawatan dan kesehatan bagi lansia merekomendasikan langkah-langkah berikut untuk membantu caragiver menghadapi situasi ini:

1.Pahami mereka

Menjadi tua secara fisik dan mental adalah proses yang sulit bagi hampir semua orang. Banyak orang dewasa yang lebih tua hidup dengan demensia atau masalah kesehatan mental, termasuk kecemasan dan depresi. Anak-anak perlu belajar cara memberi tahu orang tua yang sudah lanjut usia bahwa mereka membutuhkan bantuan dengan pendekatan yang lebih sabar dan bijaksana. Pahami beberapa hal seperti berikut:

  • Apakah mereka bertindak seperti ini karena kebiasaan?
  • Apakah mereka khawatir kehilangan kebebasan mereka?
  • Apakah mereka menderita depresi atau kecemasan?
  • Apakah mereka bingung ataukah menderita demensia?
  • Apa saja hal yang mungkin mereka takuti?

Mengidentifikasi akar penyebab perilaku menolak atau keras kepada orang tua dapat membantu Anda mengidentifikasi cara terbaik untuk membuat perubahan positif.

2.Terima situasinya

Anak sering berargumen bahwa apa yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan orang tua.  Namun, kenyataannya orang tua kita , sekalipun mereka sudah menua, juga berhak membuat keputusan sendiri, sekalipun kadang itu bukan yang terbaik.

Berusahalah untuk menerima kenyataan ini, karena ini akan memperbaiki hubungan Anda dengan orang tua dan menurunkan tingkat stres kedua belah pihak.

3.Simpan energi Anda  

Ada banyak hal yang ingin anak-anak ubah dari orang tuanya, mengomel tentang kebiasaan orang tua, memaksa minum obat, dan banyak hal lain yang sebenarnya hanya menyebabkan kelelahan dan tensi yang meninggi. Fokuslah pada satu atau dua hal yang paling penting bagi orang tua Anda. Dan utamakan hal-hal yang membuat Anda berdua bahagia.

4.Mulailah dengan Saling Percaya

“Kualitas hubungan selama hidup keluarga dapat mempengaruhi respons orang tua terhadap nasehat anak yang sudah dewasa.” Ini pendapat dari Matt Estrade, konsultan dari Care Partner Mentoring, LLC . Jika relasi Anda dengan orang tua sudah terdapat rasa saling percaya , ada kemungkinan lebih besar bahwa orang tua Anda yang sudah lanjut usia akan mendengarkan alasan Anda. Jadi, mulailah dengan mendapatkan rasa saling percaya dari orang tua, dan sebaliknya mulai mempercayai orang tua Anda.

5.Temukan Pilihan Bersama

Sikap keras kepala atau keras hati bisa menjadi satu coping mechanism untuk menolak perubahan yang tidak dapat mereka kendalikan.

Orang tua mungkin kerap beralasan bahwa akan melakukan hal-hal sesuai dengan “cara” mereka. Namun sebenarnya mungkin mereka tidak tahu bahwa ada pilihan lain.

Cobalah tawarkan untuk menemukan pilihan-pilihan lain yang mereka bisa sepakati. Menunjukkan bahwa ada cara lain akan jadi satu informasi baru bagi mereka, dan bersama Anda bisa menemukan cara yang disepakati.

Orang tua yang selama ini menganggap dirinya sosok yang lebih “kuat” dari anak-anaknya , maka untuk membuat mereka mau menerima bantuan atau saran dari anak–bahkan ketika mereka membutuhkannya– akan jadi hal yang membutuhkan usaha lebih. Selain faktor kedekatan dengan anak, faktor seperti psikologis orang tua dan penyakit lainnya juga perlu dipahami oleh anak.

Maka, saat Anda mendekati subjek sensitif dan melakukan diskusi penting ini dengan orang tua Anda, penting untuk memberitahu mereka bahwa menerima bantuan  tidak berarti mereka kehilangan kendali atas hidup mereka sendiri, dan bukan berarti jadi beban anak. Dengan empati, rasa hormat, dan kepercayaan, mereka mungkin lebih terbuka untuk mendengarkan saran Anda dan menerima bantuan anak-anaknya.

credit to this website

https://schoolofparenting.id/mengapa-orang-tua-kita-jadi-lebih-keras-kepala-setelah-di-usia-lansia/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2025 04:19 PM | Show all posts
turut bersimpati..aku pernah jaga orang tua (arwah nenek), zaman PKP lak tu. dia punya meratib nak jumpa paksu aku. paksu aku lak jenis lembu kena cucuk idung dgn bini haha. mmg payah btol, nak video call pun 2-3 hari kemudian baru nak jawab. mmg stressful aa sebab selagi tak dapat tgk muka anak kesayangan dia, selagi tu la dia meratib pastu naik angin buat perangai. arwah nenek aku bedridden tu pun sebab byk bergerak, pastu jatuh tulang pinggul retak. sblm jatuh tu mmg aku jaga gak, pun byk la hal, gaduh dgn org la etc2.

mmg ada masa bila dah penat sgt tu, dgn aku2 naik angin. tp pastu rasa bersalah menyelubungi diri. aku jaga dia pun sebab siblings mak aku not really in good term jadi rumah aku kira tempat 'neutral' untuk mudah pakcik2 aku visit asing2. lg pun aku cucu sulung dan suami aku okay je.

dlm setahun lebih lepas tu dia pun meninggal. tapi aku sedih la sebab x sempat nak bagi dia makan acar (favorite dia), baru beli bahan2 tetiba dia kena masuk hospital. dah la time tu PKP takleh visit kt hospital, tau2 doktor panggil dah nazak pastu gone dah. sebelum dia masuk hospital tu, dia meninggal dlm keadaan broken hearted sebab paksu aku insist takleh jaga dia (maybe dia ada alasan dia, entahlah). dan arwah sempat saling bermaafan dgn aku kalau2 dia menyusahkan aku. sampai hari ni aku teringat-ingat.

ni aku nak hadap mak bapak aku makin menua gak. aku boleh faham OP punya perasaan. bapak aku pun sejenis degil dan ego yakmat hahaha semoga aku tak temper sgt nanti.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2025 08:56 AM | Show all posts
tumpang simpati....
faham perasaan tu.
cuma kena ingat time jaga tu, seminggu pun dah rasa lama sangat. tapi bila org tua dah xda, 4,5 tahun dok jaga tu rasa kejap ja, rasa x cukup nak balas budi.
time tengah jaga maybe akan terasa marah, tipu ke, apa ke..... benda biasa. tapi lepas tu mintak maaf la balik... benda ni akan ulang2 selagi makpak masih ada
semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2025 10:05 AM | Show all posts
i can understand it well, but maybe kita boleh reset mindset kita. Anggap ni Allah pilih kita as anak yang ramai ramai ni untuk hadapi semua ni. Tiap kali rasa stress , marah , sedih and macam macam lagi paused jap and cool kan diri, sbb u akan lalui ni ulang ulang over and over. U can never change them sebab usia mcm ni dah tak boleh nak ubah and adjust cara depa, tiap kali kita ckp mungkin dia akan ingat kejap but they will repeat the same reaction and behaviour, mmg tak banyak pilihan selain dari u sendiri kena adjust diri u.

Bila marah go other place to calm down your self
Adakan me time
sabar
and
sabar
never take this seriously
just tutup telinga kiri dan keluar telinga kanan

be resilient, always sincere dgn mak ayah..tiap kali rasa upset ulang apa yg i tulis tu. and just carry on.

I am dealing with that, but so far i tak simpan dalam hati lama lama, infact i akan terus amek tau pasal my parents. Buruk and baik i akan tetap sayang and jaga my parents. Reason simply becoz they are our parents and i nak anak i pun jaga i mcm mana i jaga my parents sbb i pun tau i pun ada pangai2 yang x best so no one is perfect jgn take serious benda yang mcm ni.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2025 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbuat baikla dgn.ibu bapa. InsyaAllah luas rezeki kita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2025 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 23-7-2025 08:36 PM
Berbuat baikla dgn.ibu bapa. InsyaAllah luas rezeki kita

Salam Noor, hope u are well.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2025 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 25-7-2025 06:24 PM
Salam Noor, hope u are well.

Waalaikumsalam Adila..noor jarang masuk forum..masuk mmg hari2 tp masa nk masuk tu bila free sikit je..hope you well too
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2025 01:54 PM | Show all posts
Ya Allah, terkejut masuk thread ni rupanya ada yg reply.. ingatkan takde langsung sambutan sbb awal2 check hanya ada komen kedua tu yg takde empathy. hmm

terima kasih yg reply, i baca satu2, over and over again.. it helps to know that others go through the same thing too..

well, drama with my mom dad ni sentiasa going on and on.. no matter what we all still love and care for them. Cuma yup, kena cari jalan how to adapt and adjust our mood.

Mcm semalam my sis called me (coz i tgh out station) and nangis2 over the phone sebab tak tahan dengan kerenah my dad, yg instruct to do something yg langsung tak relevant but bagi risiko pada kesihatan dia sendiri. Bila we reluctant, he plays the father card.. hmm tak senang utk handle semua ni...

we all adik beradik ni, walaupun byk tak kawin but our lives mmg sgt2 busy dgn menjaga satu sama lain.. byk benda kena take care, dgn hal kerja lagi, so mmg tak senang. kdg2 balik mlm, rehat tak cukup. but priority tetap pada mak ayah ni, if let say anything happen to them, sakit ke jatuh ke, mmg we all drop semua kerja yg tgh buat and handle them first.

tapi tu la, my parents ni ada satu perangai yg we all rasa suka provoke. if nothing happen diorang tak senang, macam saja nak tgk anak2 ni breakdown. so dia cucuk apa yg boleh. benda2 tak relevant pun di cucuk so bleh create drama.. penat kan? sedih pun ya, kdg2 rasa nak mati pun ye.. seriously, well sometimes so exhausted.

thats why sapa2 yg in-charge cannot stay more than 2 weeks, kena take turn. for our mental health sendiri.

but other than that, they are very wonderful and amazing parents. makesure makan pakai anak2 semua terjaga dari kecik, bagi pendidikan yg the best they could give. even till now masih risau makan pakai anak2.. tunggu anak balik lewat dari kerja..

tapi kami diuji di hujung2 usia ni (taktau la siapa yg hujung usia, anak2 atau ayahmak kan), dengan perlu melalui fasa kedegilan yg amat. Kalau la diorang tak degil

sorry, ni je medium i boleh lepas kan apa i rasa. belum berkesempatan nak set appointment with psycologist lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2025 01:55 AM | Show all posts
Be well off to take care of them coz not cheap taking care of the elderly.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.325995 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list