CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1683|Reply: 13

Gedebuk! Wanita gemuk terjatuh, kerusi patah... Tak sengaja tengking suami, malu ramai orang pandang

[Copy link]
Post time 18-6-2025 02:19 PM | Show all posts |Read mode



SATU insiden tidak diduga berlaku ketika hujan lebat di sebuah kedai makan yang akhirnya membuatkan staf dan pelanggan berada dalam keadaan serba salah.


Kisah ini diceritakan oleh seorang wanita yang sedang makan di lokasi kejadian, di mana kerusi plastik yang diduduki seorang pelanggan wanita berdekatan dengan meja makannya patah dan dia terjatuh.


Kejadian itu menyebabkan semua yang berada di kedai tersebut tertumpu ke arahnya.


"Dia dah lama duduk makan. Hujan pula tengah lebat siap kilat. Saya ingatkan bunyi kilat, kuat gila bunyi.


"Hampir sama macam bunyi kilat diikuti dengan bunyi 'gedebuk'.


"Bila toleh belakang, rupa-rupanya kerusi patah,” kongsi individu tersebut yang tidak mendedahkan lokasi kedai makan itu.


Insiden itu menyebabkan wanita yang berbadan gempal itu berasa malu kerana ia berlaku di tempat awam dengan banyak mata memandang.


Suasana bertambah tegang apabila dia, dipercayai secara tidak sengaja, menengking suami yang cuba membantunya untuk bangun.


"Kerusi plastik dan badan akak tu agak besar. Saya toleh sekali, lepas tu saya pandang depan balik dan cakap dekat adik jangan pandang.


"Tapi orang lain semua terus tenung dia. Suami dia nak tolong dia bangun tapi semua tengah pandang, pekerja kedai pun semua datang kerumun.


"Akhirnya dia marah suami dia sabarlah! Saya tahu dia bukan sengaja tinggi suara, tapi dia malu. Kasihan akak tu," ceritanya lagi.


Selepas kejadian memalukan itu, wanita tersebut dan keluarganya terus meninggalkan kedai tanpa dapat dipastikan sama ada mereka sudah selesai makan atau belum.


Menutup perkongsiannya, individu itu menitipkan pesanan agar orang ramai tidak cepat menghukum atau membuat andaian terhadap apa yang mereka saksikan.


"Kalau dalam situasi macam ni, janganlah tenung orang tu. Mesti dia malu gila bila semua orang fokus dekat dia.


"Saya bukan nak body shaming, tapi jauh sudut hati dia mesti rasa orang kutuk fizikal dia juga. Padahal logiknya, kerusi plastik kalau lama-lama memang boleh reput," ujarnya.


Rata-rata warga maya turut menceritakan pengalaman mereka selepas kisah ini dikongsikan di media sosial.









"Sepupu saya pernah kena macam ni sebab kerusi kedai tu cepat melendut. Meja sebelah gelak. Memang sepupu saya seorang, lagi marah la.


"Saya pernah jatuh kerusi patah. Masa tu nasib baik bukan tengah pegang anak. Malu weh. Ada la satu kumpulan budak lelaki ni pandang.


"Tapi mereka pandang sekejap je sebab terkejut. Rasa hilang mood nak makan lepas tu," kongsi beberapa netizen.


Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2025 04:12 PM | Show all posts
cousin iols. datang beraya rumah orang. kerusi patah. merah padam wei muka dia. nak balik cepat, orang tua2 tengah bertanya khabar, tukar cerita. dah la zaman tu takde smartphone. nak tunduk sorok muka pun tak boleh
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2025 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Zack8hunter at 18-6-2025 07:09 PM

kalo stakat jatuh, percayalah, dari 100 org yg ada kt situ, 2-3 org je yg mungkin kisah nk bersangka buruk dgn dia. org lain tak kisah pun.. lagi2 tgh hujan, lagi best melantak sup hangat dr kisah psl ko kak oii. ko jatuh, bangunlah balik, lps tu sambung mkn balik.. apekehal..

Tapi once ko dah masuk defence mode siap tinggi suara kt org, time tu % yg bersangka buruk tu naik mendadak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2025 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila kecik kan bdn at least 20% sbb berat skrg tu kerusi pon tak lalu nak hadap.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 09:18 AM | Show all posts
kerusi plastik ni memang bahaya, terutama utk yg berbadan besar.kaki dia lembik anytime boleh terbongkang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 11:04 AM | Show all posts
Kalau saudara mara dtg rumah dan berbadan agak besar then duduk kat kerusi makan kemudian kerusi tu jadi rosak kena terima. Bukan selalu mereka dtg ziarah lagi2 musim perayaan. Paling simple cari kedai baiki perabot utk betul kan balik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2025 11:13 AM | Show all posts
entahlah..kalau nampak org terjatuh atau duduk sampai kerusi patah iols xrasa rakyat malaysia akan judge..kesian lagi adalah..sebab faham benda ni bila2 masa boleh jd even yg duduk tu kurus..haritu p event kawan iols gedebuk jatuh..berlari budak2 muda nk dtg tolong dgn muka simpati...laju diorang dari kita kat sebelah...so gen z sekarang sangatlah bagus bab2 empati ni...dulu2 yes, masa iols teenagers even kawan2 iols mmg jenis suka menggelakkan org..ada sekali tgh dok lepak mamak, kawan pmpn iols cakap slow dgn kawan lagi sorang, beb ko tgk org belakang ko, dia punya besar boleh meletop kerusi...lepas tu kawan lagi sorang tu nak pandang belakang tgk, sekali org yg dikata tu boleh cakap haipppp...merah padam kawan2 iols masa tu..balik tu mmg mengekek la dorang..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2025 11:36 AM | Show all posts
Biasa org tenung sekali imbas, tp lps tu buat2 tak tau ja..paham yg jatuh tu malu... bkn sengaja pun.. i pun pernah juga jatuh kt cafe, malu ya ampunn..tp semua buat2 x nmpk lps i jatuh..so i pun buat2 tak tau hahahaha. Tp 2-3 minggu jugak la i x jejak cafe tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2025 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerusi tu kalau dah lama memang la potensi patah kalau orang besar duduk
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2025 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerusi plastik bahaya ya… kalau kakinya tak patah pun, ada risiko kakinya terkangkang ya. Aku pernah tengok depan mata sorang lelaki tu tengah   pegang baby..tiba2 kaki kerusi tu terkangkang. Jatuh terjelepuk brother tu mujur baby tak terlepas drp pelukan
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2025 02:59 PM | Show all posts
aku kan.. kalau aku yang jatuh, aku gelak je.. sebab nak cover malu kan. apa aje yg kia boleh buat. pastu baru check ada luka ke bengkak mana2 ke. tapi kalau lakik aku ke anak2 aku ke yang jatuh.. aku yang cuak lebih2. pastu kalau nampak orang lain yang jatuh, xde pulak aku nak gelakkan or nak tengok lama2
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2025 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau badan besar, elakkan duduk kerusi plastik.
Mmg tk dpt tampung berat punya.
Huhu.
Mesti dia malu kan.
Sakit pun ya. Malu pun ya
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2025 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pernah kena kes kerusi bukan patah tapi kaki kerusi melembut masa duduk.. menyebabkan saya terduduk di lantai..nk kira iols selim jer ????..  sib xde kastemer lain..dak pekerja je rasa serba salah lantas diberikan air free,terus sejuk jiwa i..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2025 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk la kerusi dulu sebelom duduk ...aishh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 4148 Replies : 179

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.513336 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list