CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1405|Reply: 3

Maruah seperti dipijak, Siti Jamumall enggan panjangkan cerita dicerai

[Copy link]
Post time 23-5-2025 03:30 PM | Show all posts |Read mode




"Saya rasa seperti maruah saya dipijak!" kata pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall ketika ditanya mengenai kemelut rumah tangga yang berlaku sehingga suaminya, Khairul Aiman Abdul Kudus melafazkan talak ketika dia sedang bersiaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 26, berkata, walau apapun yang berlaku, hanya dia dan Aiman yang tahu kisah dalam rumah tangga mereka.

"Tiada siapa yang mahu diceraikan dalam keadaan seperti itu, Namun, hanya saya dan suami yang tahu apa yang benar-benar berlaku. Saya tidak mahu panjangkan cerita. Cukuplah," katanya.

Ditanya sama ada dia trauma dengan insiden yang mengejutkan banyak pihak itu, Siti berkata, sehingga kini, lafaz talak itu masih terngiang-ngiang dalam fikirannya.



"Trauma saya bukan pada perkahwinan, tetapi pada situasi yang berlaku. Ucapan 'Aku ceraikan kau' itu masih terngiang-ngiang dalam kepala saya.

"Tapi saya tak boleh berhenti. Saya perlu terus kuat untuk anak-anak. Saya yang harus cari rezeki. Saya kini hamil lima bulan.

"Keadaan sangat menekan. Komen-komen di media sosial sangat menakutkan. Banyak kenyataan berubah-ubah dan ada yang tidak masuk akal.

"Bagi saya, sangat meletihkan jika saya perlu jelaskan semuanya. Apa yang berlaku, biarlah berlalu. Masa lalu tak boleh diubah, tapi masa depan masih boleh kita perbaiki," katanya.

Siti turut menambah bahawa sepanjang minggu pertama, dia banyak meluangkan masa di rumah, meneruskan rutin harian termasuk berniaga secara langsung di TikTok demi kelangsungan hidup dan untuk anak-anak.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2025 08:59 AM | Show all posts
tanak panjang cerita, tekan je la button end live tu

nasi dah jadi bubur, nak panjang cerita ape lagi

juga kepada semua warga kaki live yang lain

hal peribadi, tekan end live. jangan buka pekung di dada. tidak la nanti rasa maruah dipijak, muka diconteng arang, selipar dikencing kucing ke ape
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2025 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni yg paling iols ingat, promote ubat gigi arang. Dicontengnya pinggan seramik dgn marker permanent, as if pinggan tu surface gigi. Pakai ubat gigi arang tu boleh bersihkan kotoran kat gigi sekuat permanent marker punya ink pun boleh hilang. Tepuk dahi iols tengok dia promote lagu tuu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2025 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Konpius kekadang ngan content creator nih..... Tk bleh nk relate reality or content semata..... Apa2xpon semoga dipermudahkan dengan segala ujian mendatang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.045219 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list