Selamat Hari Wesak – Anda Tahu Pasal Hari Wesak?!

Apa itu Hari Wesak 1. Hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
2. Dirayakan untuk memperingati 3 peristiwa penting iaitu Kelahiran Siddharta Buddha, hari dimana Siddharta Buddha mendapat ilham agung dan hari beliau mangkat.
Gautama Buddha juga dikenali sebagai pengasas agama Buddha di lahirkan di India. Apa mereka buat pada Hari Wesak 1. Macam agama-agama lain, mereka akan berkumpul di kuil-kuil untuk bersembahyang dan member penghormatan kepada Buddha. Melafaskan semula Tisarana (Tiga Perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuashatian duniawi iaitu: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka pada ajaran Buddha.
2. Selepas sembahyang, mereka akan melepaskan burung merpati dan lebih afdol, mereka member makan kepada orang-orang miskin dan sedekath kepada para tokcha atau sami.
Bila ia dirayakan Pada bulan Mei waktu bulan terang purnama
|