CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1452|Reply: 5

Jangan kedekut, buang mekap lama jika sudah tamat tempoh... Cuba periksa 5 item ini kalau nak kulit sihat

[Copy link]
Post time 14-5-2025 09:08 PM | Show all posts |Read mode


MASIH setia dengan maskara lama atau berus solekan yang sudah bertahun digunakan? Anda mungkin perlu fikir semula.


Tidak dinafikan, ramai yang mempunyai tabiat menggunakan produk kecantikan kegemaran hingga titisan terakhir.


Hakikatnya alat solekan yang tamat tempoh boleh memudaratkan kulit dan kesihatan anda.


Menurut pengamal estetik dan pengasas Klinik Kosmetik Intrigue, Amish Patel yang dipetik dari portal Independent.co, membersihkan alat solekan adalah penting demi menjaga kesihatan kulit.


"Produk yang sudah rosak boleh mengandungi bahan kimia toksik, menyebabkan iritasi, alahan, dan juga dermatitis," ujarnya.


Jurusolek profesional dan pengasas bersama Ella & Jo, Charlene Flanagan, turut menekankan kepentingan menjaga produk serta alatan solekan seperti mana kita menjaga kulit.




Berikut panduan ringkas tentang jangka hayat produk solekan:


1. Maskara


- Ia adalah tempat pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan mata. Oleh itu maskara wajar ditukar setiap 3 bulan.


- Jika kering atau berbau pelik, buang segera. Oh ya, jangan berkongsi maskara dengan orang lain.


2. Berus solekan


- Lazimnya bertahan antara dua hingga tiga tahun bergantung kepada jenis dan penjagaan.


- Cuci setiap minggu untuk mengelakkan kotoran dan bakteria.




3. Foundation


- Bagi foundation jenis cecair, ganti setiap enam hingga 12 bulan.


- Bagi foundation jenis serbuk, lazimnya bertahan hingga dua tahun.


- Jika mula mengeras, berbau, atau tekstur berubah, itu tandanya foundation sudah rosak.




4. Gincu dan pengilat bibir


- Gincu sebaiknya ditukar setiap 12 hingga 18 bulan.


- Pengilat bibir pula sebaiknya ditukar setiap enam hingga 12 bulan.


- Bau pelik atau perubahan tekstur menandakan ia tidak selamat digunakan lagi.


5. Pemerah pipi, bronzer dan eye shadow


- Umumnya tahan hingga dua tahun.


- Pantau perubahan bau, warna atau tekstur.


Kesimpulannya, pastikan anda periksa tarikh luput dan bersihkan alatan solekan secara berkala untuk mengelakkan masalah kulit dan mengekalkan hasil mekap yang terbaik! - mStar



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2025 05:18 PM | Show all posts
If you plan to throw them away, you can choose to pack them in pp woven bags and then throw them away
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2025 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang tengah "gila" beli lipstick jenama Malaysia dan Indonesia.


Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2025 01:54 AM | Show all posts
Most people don't throw away makeup because makeup is expensive.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 11:59 AM | Show all posts
thank you so much!!
Edit by x trench run a day ago,
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:28 PM | Show all posts
beli tapi tak pakai
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.054149 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list