CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 739|Reply: 0

Kerap jadi saksi di mahkamah, penyiasat upahan dedah kes kaum Hawa curang lebih banyak! Peguam syarie pun terkejut

[Copy link]
Post time 14-5-2025 08:52 PM | Show all posts |Read mode



ISU kaum lelaki atau perempuan lebih banyak melakukan kecurangan dalam hubungan sering dibangkitkan di media sosial.


Seorang peguam syarie, Atikah dalam satu hantaran di X mendedahkan mengenai perilaku curang yang kebanyakannya berlaku disebabkan kaum Hawa sendiri.


Perkara itu dikongsikan selepas berjumpa seorang penyiasat persendirian (private investigator) bagi membincangkan kes yang melibatkan pencarian waris untuk kes faraid.


"Hari ni jumpa private investigator untuk bincang kes klien. Sambil tu sembang la dengan dia.


"Awak ada ambil kes curang ke? Nak intip pasangan curang? Dia jawab ada, banyak sangat kes puan! Hampir 9,000 kes untuk tahun ni saja.



"Terkejut jugalah! Banyaknya. Jadi saya tanya dia, siapa paling banyak curang? Isteri atau suami? Dia jawab sekarang sejak ada media sosial paling ramai curang si isteri,” ujarnya.


Ternyata apa yang didengari Atikah cukup mengejutkan dirinya yang sebelum ini menganggap lelaki lebih ramai selingkuh.


Menurut Atikah, kenyataan penyiasat persendirian itu dianggap boleh dipercayai memandangkan lelaki berkenaan kerap hadir ke mahkamah untuk menjadi saksi bagi kes melibatkan suami dan isteri.


"Sekali lagi saya terkejut! Sejujurnya, memang saya sangka dia akan dapat banyak kes isteri yang minta siasat suami curang ke tidak kan.


"Rupanya dia dapat banyak kes yang suami minta siasat isteri tu curang atau tak. Dan hasil siasatan dia memang si isteri curang. Memang menarik bila dengar macam-macam cerita daripada hasil siasatan dia.


"Sebelum ni tak pernah terfikir nak cari penyiasat untuk kes klien. Sekarang rasanya dah boleh kerjasama dengan mereka untuk dapatkan bukti kes curang bagi kuatkan dakwaan klien," jelasnya.


Bukan itu sahaja, lelaki itu juga pernah berdepan dengan kes kecurangan seorang suami gara-gara hubungan songsang.


"Saya tanya dia kebanyakan memang kes Muslim ke? Dia jawab ya, kes Muslim termasuklah kes suami curang dengan lelaki lain.


"Kes yang dia siasat suaminya adalah gay juga melibatkan si suami itu orang Islam. Dia bagitau saya, dia pun rasa geli bila siasat," katanya lagi.


Perkongsian peguam tersebut menarik perhatian ramai pelayar di X yang turut memberikan pendapat mereka berhubung masalah kecurangan.


Dalam pada itu, seorang warga maya bersetuju dengan kenyataan tersebut namun mempunyai perspektif atau pandangan sendiri mengenai kenapa kaum Hawa cenderung berlaku curang.



"Saya rasa isteri banyak curang sebab suami. Kebanyakan suami curang, mereka jenis tak nak ceraikan isteri.


"Sebab tu isteri jadi curang melalui media sosial sebab perlukan validation (rasa dihargai) daripada orang luar," komen netizen. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU6dssfrdbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 21338 Replies : 106
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 83640 Replies : 390
bhatt ji
KUKU6dssfrdbhatt ji
Views : 1212 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 1919 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 1920 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 3031 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 3537 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.381715 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list