CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 793|Reply: 2

Kos tinggi, gadis Kedah persoal syarikat panggil ‘interview’ di KL... Anggap ‘redflag’ jika tak boleh pertimbang buat ‘online’

[Copy link]
Post time 11-5-2025 07:54 AM | Show all posts |Read mode


MENERIMA panggilan untuk menghadiri sesi temu duga kerja pastinya satu berita menggembirakan.


Biarpun hati berdebar-debar memikirkan banyak perkara, calon pasti berusaha membuat persiapan awal bagi menunjukkan diri bersedia dan berada pada tahap terbaik.


Namun, seorang gadis mempersoalkan kewajaran syarikat meminta calon yang tinggal jauh supaya datang ke sesi temu duga secara fizikal.


"Tak faham kenapa syarikat nak sangat face to face interview. Kalau calon kat Kedah, tak kan nak kena pergi Kuala Lumpur/Selangor semata-mata untuk interview?


"Dah la kerja tu tak pasti dapat lagi, selepas tu nak kena keluarkan duit untuk pengangkutan, hotel dan lain-lain. Orang kalau tengah cari kerja ni selalunya tak ada duit tau," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.




Menurut gadis itu, dia sedar menunjukkan usaha merupakan kriteria penting bagi seseorang calon selain faham sesi temu duga secara bersemuka diperlukan untuk sesetengah jawatan.


Namun katanya, memikirkan situasi zaman sekarang dengan segala-galanya di hujung jari, maka syarkat seharusnya mempertimbangkan untuk melaksanakan temu duga secara dalam talian.


"Tak semua orang senang nak travel jauh, terutamanya kalau duduk luar Kuala Lumpur/Selangor. Kadang-kadang kita perlukan sikit fleksibiliti.


"Kalau dah pasti dapat kerja, tak ada masalah nak berbelanja untuk pindah sana. Yang jadi masalah sebab tak pasti dapat tapi dah kena keluar duit," ujarnya.


Tidak cukup dengan itu, dia turut memperincikan anggaran kos yang perlu ditanggung sekiranya menghadiri sesi temu duga secara fizikal di Kuala Lumpur.




"Tiket bas dari Kedah ke Kuala Lumpur sehala sebanyak RM75. Kalau dua hala dah RM150. Hotel kurang-kurang RM100 satu malam. Makan minum? Mungkin RM30.


"Jumlah dah RM280. Itu kos untuk satu interview. Kalau 10 interview? Tak ke dah RM2,800," jelasnya.


Menerusi ruangan komen, perkongsian gadis itu mendapat pelbagai pandangan dalam kalangan netizen, malah ada yang melabelkannya sebagai 'red flag' kerana mempersoalkan kewajaran untuk hadir ke sesi temu duga.


"Kalau attitude macam ni awal-awal dah berkira memang redflagged calon macam ni. Nampak sangat tak ada usaha dan jenis rasa tak nak susah. Good luck kalau attitude macam ni.


"Kita yang nak kerja, kita la kena usaha. Kita yang nak sesuatu tak kan sesuatu tu pula datang kat kita. Kalau tak ada duit, usaha dulu. Kalau nak pergi interview pun tak ada duit, nanti dapat kerja macam mana nak bayar bilik sewa, transport semua?


"Rasa membuak-buak untuk ubah kehidupan itulah jadi pendorong. Rasanya kalau tak face to face interview sebab jauh, ambil kerja yang berdekatan je," demikian antara komen netizen.


Susulan itu, gadis berkenaan menegaskan bahawa ia sekadar pandangan peribadinya sambil menambah tidak bermakna seseorang itu tidak bersungguh-sungguh mencari kerja hanya disebabkan mahu pilihan yang lebih praktikal.


"Semua orang ada situasi masing-masing. Bukan semua mampu travel macam tu hanya nak cuba nasib. Saya fikir kalau syarikat tak boleh nak fleksibel pun redflag," katanya lagi.- mStar



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2025 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp diri sendiri yg mintak kan keje kt kl tu.erm..tah la, kdg2 interview online ni byk sgt gangguan.tp zaman skrg mmg patut ada interview online pon.
Agak2 mnyusahkan xyah dtg la.anggap je xde rezeki.jgn ko merempan pulak dah susah payaj tp keje xdpt
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 02:37 PM | Show all posts
dah kalau ko rasa tak boleh, ko jangan lah minta keja area jauh2 dari tempat ko...sendiri mohon sendiri nak bising2..harap online, kadang panel nak tengok cara pembawakan ko .. online boleh ja, tapi dah dia nak cara fizikal, tak nak tolak lah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU6dssfrdbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 21338 Replies : 106
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 83640 Replies : 390
bhatt ji
KUKU6dssfrdbhatt ji
Views : 1212 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 1919 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 1920 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 3031 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 3537 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.133016 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list