CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1153|Reply: 2

Tersepit komitmen hidup, ketahui ciri dan cabaran dihadapi 'generasi sandwic'

[Copy link]
Post time 5-5-2025 11:54 PM | Show all posts |Read mode


DI sebalik perubahan landskap sosial negara yang semakin berdaya saing ketika ini, individu 'generasi sandwic' merupakan antara golongan paling terkesan dengan cabaran dihadapi.


Kurang dikenali berbanding generasi milenial dan perintis, 'sandwic' berdepan beban yang sama sekali jauh lebih sukar berbanding kumpulan-kumpulan lain.


Ia merujuk kepada kumpulan yang terhimpit antara tanggungjawab, terkesan dengan bebanan tugasan harian dan dalam masa yang sama perlu mengimbangi kerjaya, penjagaan keluarga, serta keperluan diri sendiri.


Fenomena itu semakin ketara sejajar dengan peningkatan kadar penuaan penduduk Malaysia serta trend ibu bapa yang mempunyai anak pada usia lebih lanjut ketika ini.


Individu 'generasi sandwic' kebiasaannya berusia antara 40 hingga 60 tahun dan memerlukan sokongan kewangan serta emosi kukuh untuk menyediakan keperluan keluarga.




Berdasarkan kajian antarabangsa, berikut merupakan antara kekangan dan isu terpalit individu dari kumpulan generasi tersebut.


1. Beban kewangan berganda


Salah satu cabaran terbesar dihadapi oleh generasi ini ialah tekanan kewangan.


Ditambah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, golongan ini terpaksa mengimbangi pelbagai komitmen seperti membayar pinjaman rumah, perbelanjaan harian, pendidikan anak serta kos perubatan dan penjagaan warga emas.


Hal itu mendesak individu untuk menggunakan wang simpanan persaraan demi melangsaikan segala keperluan seharian dan tanggungan keluarga dalam masa serentak.




2. Keseimbangan kerjaya dan keluarga


Selain tekanan kewangan, 'generasi sandwic' turut berdepan dengan dilema kerjaya.


Keupayaan untuk mengimbangi tanggungjawab sebagai pekerja dan peranan sebagai ketua keluarga mengakibatkan seseorang itu berdepan konflik dalam pembahagian masa.


Dalam sesetengah kes, mereka terpaksa mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji demi mengurus hal keluarga, yang turut memberi kesan kepada kestabilan ekonomi jangka panjang.


3. Impak terhadap kesihatan mental


Beban berganda ini tidak hanya terhad kepada aspek fizikal dan kewangan, malah turut membawa kesan besar kepada kesihatan mental.


Tekanan berterusan dan kekesalan kerana tidak dapat memenuhi keperluan keluarga termasuk diri sendiri boleh mengundang keresahan, kemurungan dan keletihan emosi.


Bahkan, kajian juga menunjukkan 'generasi sandwic' lebih berisiko berdepan kesihatan kronik.




4. Perlunya sokongan sistematik


Melihat kepada beban yang ditanggung oleh 'generasi sandwic', wujud keperluan mendesak untuk polisi yang lebih inklusif dan sistem sokongan yang menyeluruh.


Ini termasuk kemudahan penjagaan warga emas yang mampu milik, akses kepada kaunseling keluarga, serta inisiatif kerja fleksibel yang menyokong keseimbangan antara kehidupan dan kerjaya.


Sokongan komuniti dan pemahaman majikan juga memainkan peranan penting dalam membantu golongan ini menjalani kehidupan yang lebih sihat.


Justeru, tanpa bantuan dan sokongan yang tepat, generasi sandwic berisiko menjadi kumpulan yang terabai dalam pembangunan negara.


Masyarakat dan dasar awam seharusnya mengenal pasti cara untuk mengurangkan tekanan yang mereka hadapi demi kesejahteraan individu, keluarga dan negara secara keseluruhan. — Majoriti




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2025 12:56 PM | Show all posts
hmmm anak2 bukan investment, harapnya kita parents ni fahamler...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2025 01:27 AM | Show all posts
pendek kata ianya bermula dari mslh kewangan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59283 Replies : 35
travel to chicago
kukukud56travel to chicago
Views : 3536 Replies : 0
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25303 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 4143 Replies : 0
SATURO GOJO TRAVEL
saturo1gojoSATURO GOJO TRAVEL
Views : 4245 Replies : 0
best  airlines services
kukukud456ydDdbest airlines services
Views : 4344 Replies : 0
TRAVEL WITH GOJO
gojo2344TRAVEL WITH GOJO
Views : 4950 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.058891 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list