CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1097|Reply: 3

[Cinta] Elak sentuh soal privasi, ketahui tip jaga ikhtilat di pejabat demi pastikan rumah tangga harmoni

[Copy link]
Post time 5-5-2025 04:21 PM | Show all posts |Read mode


MENJAGA batas pergaulan di tempat kerja bukan hanya penting untuk mewujudkan suasana profesional yang harmoni tetapi juga memberi impak besar terhadap keharmonian rumah tangga.


Dengan menjaga ikhtilat, kita dapat menghindari salah faham yang boleh merosakkan hubungan peribadi dan keluarga.


Baru-baru ini, seorang pengguna di laman Threads, Hazel Aiwaalidaini berkongsi sembilan tip berharga untuk mengekalkan pergaulan di ofis.


Tip-tip itu sangat relevan terutamanya dalam persekitaran kerja yang melibatkan lelaki dan wanita yang memerlukan kerja secara bersama.




1. Jaga Sempadan Profesional


Langkah pertama yang amat penting adalah memastikan setiap interaksi yang berlaku kekal dalam konteks profesional.


Hindari perbincangan tentang isu peribadi yang tiada kaitan dengan tugas atau tanggungjawab di tempat kerja.


Menjaga sempadan itu dapat mengelakkan hubungan yang terlalu akrab atau berlebihan antara kawan sepejabat.


2. Hormati Privasi


Setiap individu berhak menikmati ruang peribadi mereka. Adalah penting supaya tidak mengganggu atau melanggar batas peribadi rakan sekerja.


Perbualan di ofis perlu sentiasa relevan dengan tugasan yang sedang dijalankan dan tidak melangkaui ruang privasi seseorang




3. Elakkan Interaksi Intim


Jaga jarak fizikal dan hindari komunikasi yang boleh disalah tafsir sebagai terlalu mesra atau intim.


4. Gunakan Media Sosial dengan Berhemah


Di zaman digital ini, media sosial sering menjadi medan utama untuk berkongsi kehidupan peribadi.


Namun, adalah lebih bijak untuk mengelakkan berkongsi perkara peribadi terutamanya yang melibatkan kawan sepejabat.


Perkongsian yang tidak wajar di platform media sosial boleh menimbulkan masalah, salah faham dan bahkan fitnah.


5. Berkomunikasi Secara Sopan


Seseorang perlulah menggunakan bahasa yang sopan dan sesuai mengikut situasi kerja agar interaksi tetap profesional.


6. Menghormati Hierarki


Hormati struktur organisasi dan tanggungjawab masing-masing di tempat kerja untuk memastikan hubungan kekal profesional.




7. Elakkan Hubungan Romantis di Pejabat


Walaupun ofis sering kali menjadi medan untuk bertemu dengan individu yang menarik, adalah penting untuk mengekalkan fokus terhadap tanggungjawab kerja.


Hubungan romantis di pejabat boleh menjejaskan prestasi kerja dan membawa kepada konflik yang boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga.


8. Hargai Kebudayaan dan Kepercayaan


Hormati perbezaan budaya dan kepercayaan antara rakan sekerja untuk mencipta persekitaran yang inklusif dan saling menghargai.


9. Jaga Ikhtilat Demi Reda ALLAH


Menjaga adab dalam pergaulan adalah amalan yang diredhai ALLAH, yang membawa keberkatan dalam kerjaya dan kehidupan peribadi.


Menjaga ikhtilat dengan individu selain pasangan bukan hanya soal etika di pejabat, tetapi juga asas untuk mencipta keluarga yang bahagia dan harmoni.


Dengan disiplin menjaga batas pergaulan, kita bukan sahaja membina suasana kerja yang positif tetapi juga memastikan kesejahteraan dalam rumah tangga.  — Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2025 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Curanh tu pilihan... Jaga baik2, maka takde maaalah. Kalau perempuan fikir keluar dgn lelaki orang takde masalah, maka masalah.... Kalau laki orh fikir mesej dengan perempuan lain hanya sekadar rakan sekerja tapi siang malam pagi petang ... Masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2025 12:52 PM | Show all posts
Edited by annehuda at 27-7-2025 01:40 PM

aku malas nak bukak thread so aku luahkan kt thread orang jelah ye. sekadar luahan je, aku nak let go dari otak aku pastu aku nak concentrate pada life aku je

aku perempuan, single, umur dah 41.  korang nak cakap aku andartu pun aku tak kisah but truth be told, i dont look like it dan ini bukan aku gebang sendiri ni orang sekeliling aku yg cakap ye. aku tak penah rasa aku ni lawa aku rasa aku ni biasa je orangnya dan aku pun jarang la eh memang tak penah la dapat pujian aku ni cantik ke ape ke dan aku pun tak kisah. aku anggap kelebihan aku bukan pada rupa tapi pada benda lain. yg aku selalu dpt pujian aku ni smart dan reliable, pandai solve problem di tempat keje.

aku bukan jenis perempuan yang suka bermekap ke ape ke, mmg dari zaman aku blaja aku gi keje sapu bedak dulu silkygirl sekarang bedak kecik beli kt 7e thailand tu je dan calit lipstick skit. tu je.  dan aku pakai spek.  segalanya bermula bila aku dapat jemputan ke satu dinner peringkat negeri dan opkosla bila ko dinner yg tetamunya Sultan mestilah ko nak pakai mekap sendiri. aku pun belajarla mekap sendiri dan lepas malam tu aku mula dapat perhatian dari opismate aku dan ex-bos aku.

1.  Ex-bos aku, yang 10 tahun lg tua dari aku. dan opkos laki orang bini housewife anak 5. aku friend dgn dia kt FB dan dia dah tak keje kt ofis aku skrang since 2023 camtu.  masa dinner tu aku up la gambar aku kt FB, out of the blue my ex boss ni tetiba whatsapp aku siap send gambar aku kt FB tu. aku mcm eh dah kenapa ortu ni? pastu dia plak hntr gambar dia tengah terlantar atas katil serangan gout katenye. aku dah rasa ni mcm dah bunga2 nak ajak menyembang ke laut ni so aku pun send sticker je

2. My junior peer kita namakan dia A jelah. kitorg ni sama2 deputy tapi department lain2 tapi aku lagi senior la walaupun pangkat kitorang sama level. 9 years younger dari aku. and yes laki orang anak 2 dah.  lepas dinner state tu, ofis kitorang buat farewell party utk bos kitorang yg dah lompat pegi tmpt lain.  tema party tu glam night. opkosla hakak pakai mekap dik.  sblm tu ada undian utk beberapa kategori staf dan salah satunye adalah kategori Hot Staff yang mana aku menang malam tu.  camne ntah aku menang sedangkan ramai je lagi staf perempuan yg lg hot dan muda daripada aku.  So esok-esoknya aku sembang2 dgn A, A ni adalah organizer party tu dan dia ngakula, kriteria Hot Staff tu dia create based on me, ni sbnrnye aku perasan gak sbb ada syarat kriteria tu berpengetahuan dalam banyak perkara, tepat sgt dah dgn aku sbb aku officer paling senior kot kt ofis ni.  siap ngaku dia org first vote aku kot.  dan lepas tu dia suka puji aku depan-depan staf kitorang which aku rasa macam bro do you have a crush on me bro because it's kinda obvious bro

apepun aku sajalah nak share kat sini aku pun taknak la terbuai ngan godaan syaitan ni. but you know I'm a 41 years old woman muka marhaen kalaulah aku ni diviralkan sebagai penyondol confirm la aku kena kecam muka macam ni pun nak jadi penyondol. i'm not aku sedar sape aku so i just want to let this out from my system and hopefully esok2 aku buat bodo benda ni akan berakhir mcm tu jelah




Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2025 05:10 AM | Show all posts


platonic relationship need discipline ..
aiyoo .. if not akan terperangkap

part time lover .. haha
knowing it's so wrong ..
but feeling so right


whatever awak suami or isteri .. bapa atau mak
jaga baik baik hati masing masing mesti ada sikap tanggung jawab
antara satu sama lain .. demi for your family and future son and daughter grow

so yap better treat right
they cakap follow your heart .. hehe
which heart ?

errmm ..
Hati Sanobari .. their faculty most of it Artificial
Hati Norani .. their faculty most of it Originality

so yap follow the right one .. safer

p/s ..
all d'best in life



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.049446 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list