CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1314|Reply: 0

Jumpa identiti fesyen di usia hampir 40-an, wanita tampil yakin gayakan outfit kasual

[Copy link]
Post time 2-5-2025 03:47 PM | Show all posts |Read mode



DALAM dunia fesyen yang sentiasa berubah-ubah, tidak semua orang menemui gaya sebenar mereka pada usia muda.


Namun, bagi sesetengah individu seperti, Clara Infante, dia beranggapan bahawa usia bukan sekadar angka tetapi ia menjadi titik permulaan kepada penemuan identiti fesyen yang sebenar dan lebih meyakinkan.


Menerusi satu rakaman video, Clara di laman Threads @Clarainfante menarik perhatian ramai apabila dia tampil memperagakan pelbagai jenis outfit yang ringkas tetapi tampak elegan.


  


Dalam video tersebut, wanita yang kini berusia lebih 30-an itu mempersembahkan beberapa fesyen harian yang menonjolkan sentuhan kasual tetapi tetap memukau daripada jaket berpotongan kemas hingga seluar bercorak plaid.


Clara kelihatan selesa apabila tampil dengan loose jeans, striped shirt dan menggayakan tote bag ringkas agar penampilannya nampak muda namun tidak terlalu berlebihan.


Bahkan dia juga menunjukkan bagaimana beberapa item seperti baju sweater polos dan kasut loafer diulang pakai dengan menggunakan teknik mix and match.


Dia juga selesa menggayakan warna-warna neutral seperti coklat, beige, putih dan hitam, namun tetap berani bermain dengan rona maroon, hijau pine dan biru mengikut keadaan.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji cara beliau menggayakan pakaian yang tampak ringkas namun penuh bergaya.


Menariknya, dalam kapsyen video, Clara menyatakan bahawa beliau kini lebih yakin dengan pilihan fesyen sendiri dan menganggap usia memasuki 40-an membantunya mengenali stail yang paling sesuai dengan bentuk tubuhnya.


"Saya rasa benda yang sama! Seperti awak yang mula menyedari pakaian yang estetik pada usia lewat 30-an," tulis Carolines Creative Flow.


"Oh my gosh! This is so accurate! Haha," tulis Theukayqueen.


"Suka style awak," tulis Devigemala.


"Pakaian itu nampak sangat selesa! Stail awak pun nampak cool!," tulis Justmmytype. — Majoriti



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59283 Replies : 35
travel to chicago
kukukud56travel to chicago
Views : 3536 Replies : 0
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25303 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 4143 Replies : 0
SATURO GOJO TRAVEL
saturo1gojoSATURO GOJO TRAVEL
Views : 4245 Replies : 0
best  airlines services
kukukud456ydDdbest airlines services
Views : 4344 Replies : 0
TRAVEL WITH GOJO
gojo2344TRAVEL WITH GOJO
Views : 4950 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 03:20 AM GMT+8 , Processed in 1.211914 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list