CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1303|Reply: 0

Banyak ‘mengular’, lepak waktu kerja... Ada juga tipu ‘claim’! Ustaz ajar cara ’cuci’ duit gaji supaya berkat

[Copy link]
Post time 25-4-2025 10:08 AM | Show all posts |Read mode


KELUAR dari pejabat pada waktu bekerja sudah jadi kebiasaan dan dianggap normal bagi sesetengah individu.


Malah ada yang mengambil kesempatan menguruskan hal peribadi sehingga ada kalanya mengganggu urusan pekerjaan dan staf yang lain.


Tidak kurang juga yang gemar melebih-lebihkan tuntutan (claim) kewangan apabila diminta melakukan urusan di luar waktu kerja atau pejabat termasuk bayaran pengangkutan dan penginapan.


Menyedari perkara tersebut telah dinormalisasikan dalam kehidupan sebahagian pekerja, ramai meluahkan rasa bimbang sekiranya gaji yang diperoleh tidak berkat.


Mengulas situasi itu yang sering berlaku dalam masyarakat, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkata mereka yang terlibat dianjurkan untuk bersedekah menggunakan gaji yang diperoleh.


"Bagaimana nak 'basuh' duit gaji? Dia kerja makan gaji, tapi kadang-kadang ponteng... patut masuk pukul 2 petang tapi pergi membeli dengan isteri.


"Sejam setengah curi masa orang, 3.30 petang baru masuk kerja kemudian 30 minit lagi balik.


"Kalau begitu, hendaklah dia bersedekah kerana tidak ada pada mana-mana majikan menerima ganti rugi," jelasnya UAI.




Menurutnya lagi, disebabkan hal ni melibatkan masa, para ulama menganjurkan supaya bersedekah supaya apa yang dilakukan itu menjadi kafarah.


Bagaimanapun, hukum berbeza bagi tuntutan kewangan kerana perbuatan itu dikategorikan sebagai mencuri atau menipu.


"Kalau tipu claim, itu tidak boleh sedekah tapi kena ganti, claim itu dikira mencuri atau menipu.


"Ini banyak makan duit haram sebab claim kerja pejabat, contoh, dia patut balik pukul 5 petang, tapi dia tidak keluar dan balik pukul 10 malam, sejam, RM5.


"Ada yang pergi 100 kilometer, tapi claim 150 kilometer atau naik bas tapi claim kapal terbang... itu semua adalah haram dan dosa besar, wajib bayar semula," tegas beliau.


Menurut UAI, kedua-dua amalan ini biasa dilakukan kebanyakan pekerja dan mungkin dianggap sama namun hakikatnya ia berbeza.


"Tadi curi masa, ini (claim) ambil 'barang'... sebab apa, kalau makan haram macam tu, solat tidak diterima.


"Apabila solat tidak diterima, (amalan) selain daripadanya tidak diterima. Ini kerana, perkara pertama yang Allah kira pada hari kiamat adalah solat, kemudian perkara lain," jelasnya lagi. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.114486 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list