CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 519|Reply: 1

Kesihatan ibu lepas bersalin kunci utama cegah kematian

[Copy link]
Post time 25-4-2025 09:32 AM | Show all posts |Read mode


DALAM tempoh lima tahun kebelakangan ini, sebahagian besar kematian ibu di Amerika Syarikat – hampir satu pertiga – berlaku lebih daripada enam minggu selepas bersalin.


Ia pada waktu kebanyakan ibu baharu bersalin menyangka mereka sudah sembuh sepenuhnya, lapor para penyelidik baru-baru ini.


Kajian yang diterbitkan dalam JAMA Network Open itu merupakan antara yang pertama menjejaki komplikasi kesihatan ibu semasa kehamilan dan dalam tempoh setahun selepas melahirkan.




Kadar kematian berkaitan kehamilan di Amerika Syarikat meningkat hampir 28 peratus dari 2018 hingga 2022.


Menurut dapatan kajian tersebut, dengan lonjakan tertinggi berlaku semasa kemuncak pandemik Covid 19 pada 2021 sebelum menurun tahun berikutnya.


"Kajian kami menunjukkan kenapa kita tidak boleh alpa terhadap kesihatan ibu," kata Dr Rose L.


Profesor madya obstetrik, ginekologi dan biologi reproduktif, Molina, di Harvard Medical School dan salah seorang penulis kajian itu memberitahu wanita memerlukan "akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti tinggi dari saat kehamilan hingga setahun penuh selepas bersalin."


Kajian itu berdasarkan data daripada bahagian kesihatan reproduktif Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) yang memantau kematian ibu.


Mereka mengenal pasti risiko kematian ibu yang lewat – iaitu berlaku antara enam minggu hingga setahun selepas bersalin.


Pentadbiran Trump sebelum ini telah menutup bahagian tersebut susulan pemberhentian besar-besaran dan penstrukturan semula agensi itu, walaupun Amerika Syarikat mencatat kadar kematian ibu yang jauh lebih tinggi berbanding negara industri lain, dengan jurang ketara antara kumpulan kaum dan etnik.


Penyakit kardiovaskular dikenal pasti sebagai punca utama kematian berkaitan kehamilan secara keseluruhan dan sebagai penyebab utama kematian ibu yang lewat.


Punca utama lain termasuk kanser, gangguan mental dan tingkah laku, serta kematian akibat pengambilan dadah dan alkohol.


Kolej Pakar Obstetrik dan Ginekologi Amerika kini mengesyorkan agar semua wanita berjumpa doktor dalam tempoh tiga minggu pertama selepas bersalin, diikuti dengan rawatan susulan dan penjagaan berterusan mengikut keperluan, dan satu lawatan menyeluruh selepas bersalin tidak lewat daripada 12 minggu selepas kelahiran. — The Star


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2025 09:23 PM | Show all posts
Trump tu dia tak tahu apa yang dia tutup department nya.
Office of Field Policy and Management - apa mereka buat, apa kerja mereka Trump and poorly academic group mcm kuncu2 dia apalah mereka tahu
macam kita tak ambil 'Security Patches'' dari Windows.. kita tahu lah kesan nya nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 01:18 AM GMT+8 , Processed in 1.013855 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list