Edited by JoyahMengayah at 22-4-2025 02:45 AM
CYBERJAYA – Pempengaruh Jofliam memohon maaf atas kenyataannya yang menyebut wanita bersalin yang mengambil epidural sebagai menggunakan “cheat code”.
Jofliam dalam hantaran di Instagram miliknya berkata, dia tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“Walaupun apa jua niat, saya juga mengakui bila saya membacanya semula untuk situasi saya yang sekarang ini dengan lebih tenang, saya tidak sepatutnya mengeluarkan reply sebegitu di DM.
“Di sini saya ingin meminta maaf jika reply saya empat bulan lepas telah merendahkan pengorbanan seorang ibu yang menggunakan epidural,” katanya dalam hantaran tersebut.
Dia turut mengakui, kenyataan yang dikeluarkannya itu bukan sesuatu yang sesuai.
“Walaupun apa jua niat,saya juga mengakui bila saya membaca nya semula untuk situasi saya yang sekarang ini dengan lebih tenang,saya tidak sepatutnya mengeluarkan reply sebegitu di DM,” katanya lagi.
Jofliam berkata, dia sudah belajar dari kesilapannya, yang mana dia perlu mengelak daripada menaip komen dan melayan provokasi ketika sedang marah.
“Jadi untuk menebus kesilapan, minggu depan bagi ibu-ibu yang mengandung yang membeli pizza (daripadanya), setiap pembelian saya akan hadiahkan bunga dan pizza extra berbentuk love, tanda meraikan ibu-ibu yang bersusah payah melahirkan anak-anak,” katanya lagi.
Difahamkan, Jofliam mengeluarkan kenyataan sedemikian dalam satu perbualannya dengan seorang individu yang tidak dinamakan.
Tangkap layar perbualan itu menunjukkan, Jofliam seolah-olah memperlekehkan bekas isterinya yang juga seorang pempengaruh, Cik Epal yang bersalin dengan bantuan epidural.
|