CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 775|Reply: 0

Korea Selatan tidak bercadang lawan tarif Amerika Syarikat atas dasar 'Hutang Sejarah'

[Copy link]
Post time 22-4-2025 10:19 AM | Show all posts |Read mode


Pemangku presiden Han Duck-soo berkata pembangunan industri dan kewangan Korea Selatan mempunyai pertalian sejarah sangat besar hasil daripada bantuan Amerika Syarikat (AS) selepas Perang Korea. - Gambar Pejabat Perdana Menteri Korea Selatan

MOSCOW: Pemangku Presiden Korea Selatan merangkap Perdana Menteri, Han Duck-soo berkata bahawa Seoul tidak bercadang menentang tarif perdagangan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, memandangkan hubungan sejarah dan bantuan ekonomi yang pernah diterima daripada Washington terutama selepas Perang Korea, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Perkembangan keupayaan industri kami, kemajuan dalam sektor kewangan, budaya dan pertumbuhan ekonomi banyak dipengaruhi oleh bantuan Amerika Syarikat,” kata Han dalam temu bual bersama Financial Times yang disiarkan Sabtu.

Menurut Han, kerajaan Korea Selatan kini memilih untuk meneruskan dialog dengan Presiden AS Donald Trump bagi mencari penyelesaian bersama yang menguntungkan kedua-dua negara, berbanding mengambil langkah balas yang bersifat konfrontasi terhadap dasar perlindungan perdagangan Washington.

Han memaklumkan bahawa beliau berbincang selama 28 minit melalui telefon dengan Trump dan menyampaikan kesediaan Seoul untuk menangani isu lebihan perdagangan dengan meningkatkan import dari Amerika Syarikat, termasuk gas asli cecair (LNG) dan pesawat komersial.

Beliau juga menyatakan keterbukaan Korea Selatan untuk membincangkan halangan perdagangan bukan tarif, dan mencadangkan kerjasama diperluas dalam bidang pembinaan kapal tentera laut — sebagai sumbangan terhadap pengukuhan pakatan strategik antara kedua-dua negara.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.044693 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list