CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1150|Reply: 0

Pastikan amanah diserahkan kepada pihak berkelayakan

[Copy link]
Post time 21-4-2025 10:45 PM | Show all posts |Read mode

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu, pendusta dianggap benar, orang yang benar dianggap pendusta, orang yang amanah dianggap khianat, dan orang yang khianat diberi amanah. Dan yang akan bercakap pada ketika itu ialah 'al-Ruwaibidhah'." Para sahabat bertanya, 'Siapakah al-Ruwaibidhah itu?' Baginda menjawab, 'Orang bodoh yang berbicara tentang urusan umum.'" (Hadis Riwayat Ibn Majah)

-Advertisement-

Hadis ini memberikan amaran yang amat penting kepada umat Islam tentang kemunculan satu golongan yang digelar sebagai 'al-Ruwaibidhah'. Dalam konteks ini, Rasulullah SAW meluahkan kebimbangan terhadap keruntuhan nilai dan sistem sosial apabila golongan yang tidak layak diberi tempat untuk menentukan hal penting dalam masyarakat. Kesan daripada fenomena ini amat besar dan dapat dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk politik, ekonomi, sosial, dan agama.

Perkataan 'Ruwaibidhah' berasal daripada kata dasar Arab 'rabada' yang membawa makna 'lemah' atau 'tidak berguna'. Dalam bentuk tasghir(pengecilan), ia menggambarkan seseorang yang kerdil daripada sudut ilmu, akhlak dan kelayakan, tetapi cuba menonjolkan diri dalam hal yang bukan bidangnya. Dalam hadis di atas, Rasulullah SAW menyatakan bahawa golongan ini akan menguasai perbualan dan keputusan mengenai urusan umum (amr al-'ammah), walaupun mereka tidak mempunyai ilmu, kelayakan atau hikmah yang sewajarnya.

Antara ciri utama Ruwaibidhah ialah:

1. Tiada kelayakan dalam sesuatu bidang tetapi tetap bersuara seolah-olah pakar.

2. Cenderung menyebarkan maklumat salah atau tidak sahih.

3. Menonjolkan diri melalui media sosial atau saluran popular tanpa asas ilmu.

4. Mempengaruhi masyarakat dengan hujah dangkal dan emosi.

Addin

Pastikan amanah diserahkan kepada pihak berkelayakan

Mohd Khairulazman Abu Bakar

description

DALAM era digital, sesiapa sahaja boleh menjadi ‘pakar’ dalam sekelip mata. - Gambar hiasan. FOTO Arkib NSTP

Disyorkan

Mutakhir

Apr 20, 2025 @ 6:12pm

Curi beg tangan Coach dalam tandas, 4 suspek dicekup polis

Asia

Apr 20, 2025 @ 2:41pm

Artis naik pesawat untuk ke kelas setiap hari

LAGI BERITA

Dapatkan baucar tunai dengan menjawab soalan kajian selidik

×

Apakah tahap kelayakan akademik anda?

Sekolah rendah

Sekolah menengah

Kolej/ STPM/ Diploma

Ijazah sarjana muda (Bachelor)

Ijazah sarjana (Master)

Ijazah kedoktoran

Masuk | Daftar

VPoints:

0

Antara ciri utama Ruwaibidhah ialah:

1. Tiada kelayakan dalam sesuatu bidang tetapi tetap bersuara seolah-olah pakar.

2. Cenderung menyebarkan maklumat salah atau tidak sahih.

3. Menonjolkan diri melalui media sosial atau saluran popular tanpa asas ilmu.

4. Mempengaruhi masyarakat dengan hujah dangkal dan emosi.

5. Mempunyai kepentingan peribadi atau kelompok tertentu.

Golongan ini sering memanipulasi emosi masyarakat dengan ucapan populis, mengkritik tanpa asas serta menyemai kebencian atau kekeliruan dalam masyarakat. Akhirnya, masyarakat akan kehilangan panduan yang sahih dan hilang kepercayaan terhadap pihak berautoriti seperti ulama, pakar dan pemimpin sebenar.

Al-Quran dan ancaman orang yang tidak layak

Al-Quran mengandungi banyak peringatan agar urusan diberikan kepada orang yang berkelayakan. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, kamu hendaklah menghukum dengan adil." (Surah an-Nisa ayat 58)

Ayat ini menegaskan amanah dan keputusan hendaklah diserahkan kepada orang yang layak, berilmu dan adil. Memberikan urusan kepada orang yang tidak layak adalah satu bentuk kezaliman dan pengkhianatan terhadap amanah. Ini seiring dengan sabda Nabi SAW bermaksud: "Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat." Para sahabat bertanya: 'Bagaimana amanah disia-siakan?'. Baginda bersabda: 'Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya.'" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Jelas sekali, fenomena Ruwaibidhah ini antara tanda akhir zaman yang berbahaya. Masyarakat yang dikuasai oleh golongan tidak berkelayakan akan berada dalam kekeliruan, ketidakstabilan dan kehancuran nilai.

Fenomena Ruwaibidhah dalam isu semasa

Fenomena Ruwaibidhah hari ini dapat dilihat dengan jelas dalam pelbagai aspek kehidupan:

1. Media sosial dan masyarakat 'viral'

Dalam era digital, sesiapa sahaja boleh menjadi 'pakar' dalam sekelip mata. Golongan yang tiada asas pendidikan atau pengalaman dalam bidang perubatan, agama, undang-undang atau ekonomi bebas bercakap dan mempengaruhi ribuan atau jutaan orang melalui platform seperti TikTok, YouTube serta Facebook.

Sebagai contoh, semasa pandemik Covid-19, terdapat individu yang bukan ahli dalam bidang perubatan menyebarkan teori konspirasi, mengelirukan orang ramai tentang vaksin dan menyemai kebencian terhadap pihak berkuasa kesihatan. Akibatnya, ramai menjadi mangsa keraguan, ketakutan dan akhirnya membawa kepada tindakan yang merugikan diri sendiri serta orang lain.

2. Politik populis

Dalam bidang politik, wujud golongan yang menggunakan sentimen agama, bangsa dan emosi rakyat demi meraih kuasa. Mereka bercakap seolah-olah memperjuangkan rakyat, tetapi hakikatnya mereka tidak mempunyai wawasan, integriti atau kelayakan untuk memimpin. Golongan ini menggunakan pendekatan populis yang memecah-belahkan masyarakat, mencetuskan kebencian, dan melemahkan sistem demokrasi.

Kesan daripada pengaruh Ruwaibidhah dalam politik sangat besar apabila dasar awam boleh terganggu, kepercayaan kepada institusi negara merosot dan masyarakat menjadi semakin ekstrem dalam sikap serta tindakan.

3. Penyelewengan agama oleh 'ustaz segera'

Fenomena 'ustaz segera' atau pendakwah selebriti yang tidak mempunyai asas ilmu syariah yang mantap juga satu bentuk Ruwaibidhah dalam agama. Mereka kadang-kadang menyampaikan pandangan yang bercanggah dengan ijmak ulama atau menggunakan agama untuk kepentingan peribadi dan keuntungan material.

Fenomena ini sangat membimbangkan kerana menjejaskan kefahaman umat terhadap ajaran Islam yang sebenar. Masyarakat akhirnya menjadi keliru, berpecah-belah dan mudah dipengaruhi oleh fahaman ekstrem atau sesat.

Tanggungjawab umat Islam menangani Ruwaibidhah

Fenomena ini tidak boleh dibiarkan. Umat Islam mempunyai tanggungjawab besar untuk memelihara kebenaran, mengangkat golongan yang layak dan menolak pembohongan. Beberapa langkah boleh diambil:

i. Menilai sumber ilmu

Setiap maklumat yang diterima, terutama daripada media sosial, perlu ditapis dan disahkan sumbernya. Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (tabayyun) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan kejahilan..." (Surah al-Hujurat ayat 6)

ii. Menyanjung kepakaran dan ilmu

Masyarakat perlu kembali menghormati golongan ulama, cendekiawan dan pakar dalam pelbagai bidang. Mereka bukan sahaja berilmu, tetapi juga menjalani latihan dan pengalaman yang cukup untuk memberikan pandangan yang seimbang serta berasaskan prinsip syarak dan akal.

iii. Menyuburkan budaya ilmu

Budaya membaca, berfikir dan mencari kebenaran melalui sumber yang sahih perlu digalakkan. Institusi pendidikan, masjid, surau dan media massa perlu berperanan menyebarkan ilmu yang benar dan memurnikan masyarakat daripada pengaruh Ruwaibidhah.

iv. Penguatkuasaan undang-undang

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap penyebar maklumat palsu dan penunggang agama yang menyesatkan masyarakat. Langkah undang-undang dan pencegahan perlu dilaksanakan secara adil serta bijaksana.

Rasulullah SAW memberi peringatan yang sangat jelas tentang kemunculan golongan Ruwaibidhah, iaitu mereka yang tidak layak, tetapi tetap berbicara dalam urusan umat. Fenomena ini telah pun berlaku dalam masyarakat kita hari ini dalam media sosial, politik dan agama. Sekiranya kita lalai, masyarakat akan terus dikuasai oleh suara sumbang yang membawa kepada kehancuran nilai, institusi dan akhirnya perpecahan ummah. Marilah kita kembali kepada petunjuk al-Quran dan sunah serta memastikansetiap amanah dikendalikan oleh ahlinya.

Ini supaya kita tidak termasuk dalam masyarakat yang ditimpa fitnah dan kehancuran angkara Ruwaibidhah. Semoga kita semua terhindar daripada golongan berkenaan. Amin Ya Rabb!

Penulis Ketua Unit Komunikasi Korporat, Politeknik Hulu Terengganu (PHT). - HARIAN METRO

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.779218 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list